BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
here i'm come...coklat manis try to give the best...follow me if u want...tenkiu...i really appreciated it..=)

here i come

how much u view..??!

Tuesday, April 10, 2012

#untitled

ASSALAMUALAIKUM

actually dah lama aq tinggai blog neyh tak ber up date...bukan tak dak bahan nak tulis..ada..cuma masa tak dak untuk aq luang masa up date entry baru...neyh pown aq baru balik training....hari ni punya training buat aq mcm nak pitam..dengan sehari suntuk aq tak makan..makan semalam jaa sebelum balik mai arau..dalam kol 4.00 petang mcm tuh...tobat..aq serik.lepas neyh kena makan,,training pown makin tough...game pown dah dekat...so,,more fokus...

*****

setiap hari yang kita lalui neyh tak pernah lari dengan sebuah perhubungan...tak kiralah perhubungan jenis yang macam mana pown...yer dak...relationship membe membe ka,,parents ka,,adik beradik ka,,kaple ka n what so everlah...n surely,,dalam perhubungan neyh tak setiap hari berjalan dengan lancar...tak dak benda yang sempurna dalam hidup kita neyh...sebab ALLAH nak kita belajar baiki kesilapan dari setiap ketidak sempurnaan tuh...

bila bercakap pasal relationship antara laki ngan perempuan especially yang tak berkahwin laa,,mesti ada pro dan kontra...ada yang setuju,,ada yang tak....macam tuh laa lumrah hidup yang kita sendiri kena lalui...kekadang datang sifat cemburu tengok kawan kawan yang tengah hangat bercinta...tengok masing masing seronok ngan pasangan masing masing..datang perasaan nak di sayangi,,menyayangi,,di cintai,, mencintai...itu jugak lumrah...tak semua perjalanan cinta mereka berakhir dengan ijab kalbu..tak semua perjalanan kisah cinta mereka berakhir dengan sebuah kebahagiaan atau kegembiraan...semua tuh sudah tertulis untuk kita...

yang still single,,tertanya tanya pada diri sendiri..

"kenapa aq sering kecundang dalam percintaan.."

"tidak layak kaa aq neyh untuk di cintai..."

"teruk sangat kaa aq neyh sampai sorang pown tak pernah kekal ngan aq...paling lama pown 3 atau 4 tahun..."

sedar tak kita,,kalau tanpa keizinan dari Allah semua neyh takkan terjadi...pernah tak kita berfikir tentang hikmah disebalik apa yang dah di tentukan tuh...adakah kita jadikan itu sebagai ikhtibar untuk jadikan kekecewaan tuh sebagai batu loncatan untuk kita dapatkan sebuah kehidupan yang lebih baik...yang kita sering buat,,menyalahkan takdir,,meyimpan dendam dan amarah,,berniat nak membalas,,berputus asa untuk terus meminta kat Allah,,bila itu yang terjadi...

bagi aq,,bila aq dah amik satu keputusan untuk memutuskan sebuah relationship tuh,,aq punya satu reasons yang cukup relevan yang aq rasa patut untuk aq tidak teruskan hubungan tuh...aq tak lah kejam nak terus buat orang kecewa lepas dy dah berkorban untuk aq,,dah tolong aq n bagai lagi....aq masih punya akal yang waras untuk lakukan semua tuh...tapi sekali lagi..aq punya alasan aq sendiri kenapa aq perlu lepaskan kau pergi..atau aq terpaksa untuk menyakiti hati kau...pohon pengertian...


mungkin aq nampak seperti perempuan yang gilakan harta,,mungkin,,aq nampak seperti perempuan yang terlalu mengejar kesempurnaan..mungkin aq seperti perempuan yang tak berhati perut...terserah..aq tak mampu halang orang untuk menilai aq..tapi apalah sangat penilaian orang terhadap aq...cukuplah aq tahu apa yang aq lakukan...aq rasa tak salah untuk aq cari sorang laki yang bekerja dengan jawatan dan pekerjaan yang hebat..tapi siapa aq nak dapatkan itu..aq masih sedar diri...aq rasa tak salah untuk aq jadikan lelaki kaya sebagai suami...tapi aq masih lagi sedar siapa aq...
aq bukan dilahirkan dari sebuah family yang kaya,,atau yang hidup senang lenang..jadi aq rasa tak salah untuk aq berimpian dapatkan lelaki kaya...supaya sakit aq sekrang terubat di msa tua aq nanty..bukan aq memilih untuk dapatkan lelaki yang berpendidikan tinggi...sekurang kurangnya dia dapat membimbing aq sebagai seorang isteri dan mampu membentuk anak anak kami satu hari nanty..mampu menjadi ayah,,mungkin tidak terlalu sempurna,,tapi hampir sempurna...dengan agama,,dengan sedikit pengetahuan..mungkin...
tapi andai jodoh aq dengan lelaki yang tidaklah berjawatan tinggi,,tidak bergaji tinggi,,tidak berpendidikan tinggi,,cukuplah dengan ketinggian peribadinya,,tinggi imannya...aq tahu Allah telah merencakan sebuah cerita yang hebat untuk aq jalani...siapa aq untuk memilih...sekali lagi persoalan tuh timbul dalam benak hati kecil aq...aq bukan memilih..aq cuma mahukan yang terbaik untuk aq di dunia mahupun di akhirat..ingatlah,,apa yang jadi takkan berlaku tanpa izin dari Tuhan..kita hanya merancang..Allah juga merancang..tapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik....jangan pernah salahkan pasangan atas perpisahan yang berlaku..mungkin Allah telah sediakan lelaki dan perempuan yang lebih baik untuk kita dari yang  sebelum nie...




*******

aq cuma manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan..aq belajar untuk terus bangkit dari kesilapan lalu...bukan aq bangkit untuk mengulangi setiap kesilapan yang dah terjadi...aq pohon kau mengerti...

0 rAhsiA: