BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
here i'm come...coklat manis try to give the best...follow me if u want...tenkiu...i really appreciated it..=)

here i come

how much u view..??!

Sunday, August 5, 2012

JODOH : keserasian

ASSALAMUALAIKUM..

dalam mencari jodoh,,KESERASIAN adalah yang paling utama,,yang paling penting..ada orang melihat keserasian dari segi persamaan citarasa,,minat,,hobi,, dan sebagainya..namun harusdi ingat biarpun sifat,,citarasa sama namun ia belum bereti kamu dan si dia SERASI..ahli psikologi barat,,-Dr.Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga..terpulanglah kepada individu sama ada mahu percaya atau tidak...
so,,lets check it out!!!

*******

1.SULUNG dengan SULUNG
berpeluang BESAR untuk sering berTEGANG URAT...masing masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi atau penerima pemerintah...jika hubungan cinta terjalin,,ia memerlukan JIWA BESAR dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini...

2.SULUNG dengan TENGAH
sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk MENYENANGKAN si sulung...anak tengah adalah pasanagn yang SERASI untuk siapa sahaja...meskipun begitu,,ia seringkali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan...jika si anak tengah berpasangan dengan anak sulung,,maka seringkali ia harus MERELAKAN keinginan dan impiannya demi pasangannya....namun,,jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu,,mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi..

3.SULUNG dengan BONGSU
kombinasi paling serasi..si sulung dapat mengajar pasangannya,,untuk bertindak lebih TERATUR dan DEWASA,,terutama saat menghadapimasalah serius...sementara,si bongsu dapatseimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil BERKHAYAL mengenai MASA DEPAN..

4.TENGAH dengan TENGAH
pasangan ini dapat pergi kemana pun dan memutuskan apa pun yang mereka sukai...mereka dapat menjadi SANGAT SERASI,,apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu...dengan begitu,,mereka berdua dapat saling melengkapi...namun anak tengah biasanya suka menyimpan RAHSIA...hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi..bagaimanapun,,masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai BERKOMPROMI dan menjunjung tinggi PERDAMAIAN...

5.TENGAH dengan BONGSU
hubungan ini akan berjalan lancar,,bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung..jika anak tengah menunjukkan ciri SEJATI,,maka ia akan terbawa bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak DIRI SENDIRI...ini berlaku,,terutama apabila anak tengah ini adalah PEREMPUAN...

6.BONGSU dengan BONGSU
berhati hatilah!!bersama pasangan yang SEIRAMA memang MENYENANGKAN..namun bila tidak melihat kenyataan,,kamu akan sukar untuk mengawal situasi...




PERNIKAHAN itu bukan satu PERCUBAAN

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM RAMADAN,,


Dua semester lepas,,seorang pelajar saya (perempuan),pernah mengirimkan sms kepada saya,


"madam,terima kasih di atas segala2nya.betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya,tapi saya malu.."

saya membalas sms dia,


"takpe..insyAllah,masih ada peluang untuk kita berjumpa semester depan. dan kalau jumpa nanti,peluklah saya kalau awak nak.."

semalam,
dia datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih di jari. belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan di sulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. saya bertanya,,


"kenapa??awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak..."

dalam sedu dia menjawab,,


"madam..saya nak bercerai,saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. dia sangat berbeza dengan dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu..."


astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu...tak perlu saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari...saya cuma ingin menasihati pelajar pelajar saya, dan rakan rakan FB saya yang masih muda,, "ingatlah pernikahan bukannya trial and error. pernikahan bukan ujian amali atau ujian praktikal..." janganlah kerana kawan kawan kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang...janganlah hanya kerana kawan kawan kamu telah bernikah,,maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah..pernikahan adalah sesuatu yang sangat SUCI dan ianya memerlukan PENGERTIAN,PENGORBANAN, dan KESABARAN...kesabaran bukan bertahan untuk seminggu dua atausebulan atau setahun...tapi kesabaran itu perlu untuk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan rasulNya...

kepada pelajar pelajar yang telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong janagn terlalu paparkan KEMESRAAN kamu di facebook..jangan terlalu menunjukkan keseronokkan bernikah di facebook...saya mohon dengan setulus hati saya...tolong kurangkan posting posting ROMANTIK kamu di FB..saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah...tapi mereka LUPA bahawa di sebalik keseronokkan pernikahan itu dipenuhi dengan TANGGUNGJAWAB yang amat berat...


dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan  hiudp yang baik...jadi cukup cukuplah kamu berposting tentang bulan madu kami,,hentikan dialog dialog romantik kamu di FB,,ucapan sayang dan cinta itu  simpan untuk tatapan kamu dan pasangan kamu sahaja...TOLONGLAH.....saya merayu daripada kamu..dan kepada pelajar pelajar yang masih berfikir tentang bakal suami atau isteri,,berjumpalah dengan mereka yang lebih arif tentang hidup...ingatlah anak anakku,,adik adikku.."pernikahan bukan satu percubaan,,tapi satu tanggungjawab yang amat berat.." saya tidak sanggup melihat kamu menangis..tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu..jaga diri kamu baik baik..



sumber --->> FACEBOOK
copied from IIUM online : MADAM FAUZIAH MOHD NOOR


Friday, August 3, 2012

mintalah dengan TUHAN

bila aku minta  KEKUATAN,,
Tuhan bagi aku KESUKARAN,,
kerana dari situ aku dapat KEKUATAN,,
bila aku minta KEBIJAKSANAAN,,
Tuhan beri aku MASALAH,,
kerana dari situ aku kumpul PENGALAMAN..
bila aku minta KEMEWAHAN,,
Tuhan beri aku jalan untuk mencari KERJA,,
kerana dari situ aku mula tahu CARA,,
bila aku minta KETABAHAN,,
Tuhan bagi aku sejuta RINTANGAN dan HALANGAN,,
kerana dari situ aku aku belajar menjadi TABAH...

bila aku minta CINTA,,
Tuhan datangkan aku insan insan yang memerlukan aku,,
untuk membantunya,,
kerana dari situ CINTA akan bermula...

bila aku minta BANTUAN,,
Tuhan beri aku PELUANG dan KESEMPATAN,,
kerana dari situ aku akan MENCUBA...

betapa INDAH dan BERMAKNANYA hidup ni,,
kerana Tuhan tak pernah bagi apa yang aku minta,,
tanpa aku USAHA untuk mendapatkannya..
kerana dari situ aku belajar untuk HIDUP..


TERIMA KASIH TUHAN,,
kerana dari situ aku mula MENGENALI dan MENCINTAIMU..

by : FREESTYLER JUNIOR
edit by : AKU




mungkin..??

ASSALAMUALAIKUM

tangan luka tumbuk target untuk release tension masa training hari neyh...kaki sakit tapi puas bila dapat lepas semuanya kat target...tapi dalam hati neyh,,aku tak taw mcm mana cara nak buat...kian lama,,blog neyh jadi supa tempat lunggok sampah...dah jadi carca marba...semua aku sumbat sekali..aku malas nak tulis dalam diary...so,,blog neyh tempat aku lampias semua yang aku rasa...

*****
bukak facebook,,kuaq muka dia...jari neyh tak bulih nak dok diam..mesti nak click kat dia,,untuk bukak wall dia,,nak ushar facebook dia...aku tak taw napa..bila bukak wall dia,,kuar ".....is in relationship with....."tergamam untuk dua minit...apa semua neyh..??!!!tapi cuma dalam hati..apa guna nya untuk aku hamburkan semua tuh melalui perkataan..??nak cari simpati..??dari siapa..???lupakan..tak bawak faedah pown...

ahh..!!mungkin tuh yang aku nak..??dia dah jumpa orang yang lebih baik..dia dah jumpa orang yang boleh terima dia seadanya...dia dah ada orang yang sudi sayangkan dia..tuh kan yang aku nak...kenapa timbul perasaan neyh..??sakit di HATI...arghhh..!!tutup wall dia,,aku bukak wall si perempuan.."alhamdulillah,,semuanya dah selesai.."
then komen dari dia...ada lagi dua perkara yang belum selesai..zaappp..!!terlintas di kepala,,dua benda,,

1.PERTUNANGAN
2.PERNIKAHAN

hati menangis..tapi cuma di dalam...tanya pada diri sendiri..untuk apa ia di tangisi...bukan ka,,ini jalan yang aku pilih...ya..ini yang aku pilih..tapi perlukah secepat ini...semua kerja tuhan..siapa aku untuk halang semua neyh..??*perlahan air mata turun melewati pipi*
tetiba aku teringat dialog dari drama bersiri setiap petang "dejavu di kinabalu..."

"....saya sayangkan awak,,tapi saya tak tahu kenapa saya masih mencintai dia..."

tamak kah aku..??egokah aku..??mungkin....betullah apa yang orang selalu cakap,,benda bila kita dah kehilangan baru kita terasa untuk menghargai....perit...!!kejamnya aku untuk merosakkan hubungan orang lain...argghh..!!tuhan,,kurniakan aku segenggam TABAH..itulah jodoh..

"SAYANG TAK BERERTI KITA MAMPU UNTUK MEMILIKI..."