BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
here i'm come...coklat manis try to give the best...follow me if u want...tenkiu...i really appreciated it..=)

here i come

how much u view..??!

Friday, October 26, 2012

itu KAMU !

siapa KITA sebenarnya..??

kau tahu siapa kau sebenarnya..??sesungguhnya kau adalah hamba Allah yang kerdil yang mana telah dipinjamkan untuk menikmati segala isi perut bumi yang penuh dengan nikmat yang tidak pernah kita sangka sangka...kau juga perlu sedar yang mana engkau adalah amanah dari sepasang dua hati yang telah di ikat..lalu engaku menjadi harapan buat mereka...kau juga sebenarnya sedar,,yang engkau seorang pelajar...

sedarkah engkau dengan apa yang engkau pikul sekarang...pikulan yang sangat berat,,yang engkau sendiri tahu apa itu...TANGGUNGJAWAB...

engkau memikul tanggungjawab sebagai seorang hamba yang perlu sentiasa beringat...engkau juga memegang tanggungjawab sebagai anak yang menjadi harapan kepada dua orang tuamu...insan yang banyak jasanya,,pengorbanannya,,kasih dan cintanya kepada engkau...juga engkau perlu sedar,,engkau memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang perlu menggalas tingginya harapan semua orang terhadap engkau...

engkau tahu cinta itu,,nikmat dunia,,indah di mata manusia...kau tahu cinta itu satu anugerah yang sangat suci...kau sedar yang cinta membuatkan hati insan sentiasa berbunga riang,,berbuah gembira,,yang mampu buat insan sentiasa merasa bahagia...tapi pernahkah engkau sedar yang CINTA itu kadang kala beri kau tekanan..membuat kau hilang arah,,buat dunia sunyi dan kelam,juga melalaikan...sedarkah engkau akan itu..??

kerana CINTA kau lupa,,kau alpa siapa kau sebenarnya..kau telah di RACUN dengan cinta manusia yang mengasyikkan yang hadir seketika cuma...yang palsu kadang kalanya...yang dusta barangkalinya...kau tahu itu...tapi sayang...

kau pekakkan telinga,,kau butakan mata,,kau tutup mata hati,,kau kunci bibir dan lidahmu lalu menafikannya...di situ sebenarnya salah engkau...

kau tahu..??kau terlalu menjaga HATI pasanganmu,,sehingga ada ketika kau abaikan hati ibu juga ayahmu..kau prihatin dengan sakit demam pasangan kau...sifat ini bagus,,tapi lebih bagus bila sifat ini kau lahirkan,,lalu di zahirkan dalam kehidupan realiti yang sedang kau berdiri di atasnya...

kau khuatir dengan rajuknya...lalu dipujuk rajuknya...kau rindu perhatiannya,,lalu kau dambakan kepadanya..lalu seribu cara kau cari untuk meraih perhatian itu...tapi tanpa engkau sedar,,RAJUK itu mampu di ubati dengan sentiasa mengingati maha pencipta,,lalu meratib kepadaNya...juga tanpa kau sedar,,perhatian yang kau damba,,sebenarnya telah kau dapat dari mula kau hadir di atas dunia...kau lupa akan itu...

sedih,,terkilan,,kecewa bila di tinggal pasangan juga cinta hatimu...tapi kau tak sedar,,kau telah memiliki sejuta kasih,,cinta dan sayang dari kerdipan kelopak mata mu yang pertama di saat pertama kali engkau melihat dunia yang penuh dengan drama,,kepalsuan dan juga pembohongan...dunia yang kejam kadang kalanya...

kau kecewa lantas memilih jalan singkat dengan menZALIMi diri sendiri,,kau sakitkan,,atas alasan kau sudah hilang semua kegembiraan yang kau miliki dulu,,kau hilang tempat mengadu,,kau hilang sesuatu yang menjadi kecintaanmu...lalu tanpa kau sedar kau masih memiliki insan yang hebat ikatannya selepas keluargamu..siapa insan itu yang masih punya sekeping hati..??kau tahu sebenarnya,,tapi kau lupa...itulah KAWAN...

kawan kau SISIHkan hanya kerana pasangan yang kau baru kenal hati budinya...haruskah itu berlaku??kawan juga yang kau cari akhirnya bila berakhir hubunganmu dengan sang arjuna dan sang ratu hati..buka MATA,,buka MINDA,,buka pintu HATI supaya kau tidak salah memilih kali ini..

sedarlah,,bahawa kamu insan yang memikul sejuta TANGGUNGJAWAB..itulah kamu secara hakikatnya..!








0 rAhsiA: