BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
here i'm come...coklat manis try to give the best...follow me if u want...tenkiu...i really appreciated it..=)

here i come

how much u view..??!

Sunday, August 25, 2013

got it !

ASSALAMUALAIKUM

semalam g jenjalan alor star nak g tengok cita hantu yang orang dok sebut sebut ngat tuh- The Conjuring..sebelum tengok "The Conjuring"..singgah kat SENTOSA dulu..serius aku tak pernah sedar akan kewujudan mall tuh..actually mall tuh juai gadjet semata...dari service gadjet,,lappy,,fon dan menjualnya..haha..*ayat skema pulak rasanya..

then..dulu pernah mintak kat abah nak beli fon baru..masa tuh ternampak iklan SAMSUNG S-IV..and the best is,,i got it by yesterday..

lupa nak ucap TENKIU sesangat kat orang yang hadiahkan tuh..dapat lagi power bank..hadiah belated besday katanya..!! mula mula tuh tak percaya.. but now,,the gadjet on my hand right now..

THE FACT IS : AKU TAK RETI NAK GUNA MACAM MANA

(=_____________='') (!) sighh!!!

-SEKIAN-


Friday, August 23, 2013

ulat sampah !

ASSALAMUALAIKUM

salam ukhwah,,salam fisabilillah,,salam satu malaysia,,salam syawal yang masih tersisa..even kita di bulan syawal,,bulan yang mana bulan indah untuk dirai bersama keluarga,,masih ada insan insan yang tak dapat meraikan hari yang mulia nie dengan penuh kesempurnaan..cukup bagi mereka dengan meraikannya dengan penuh kesederhanaan dalam kesyukuran yang tak terhingga..lately,,dunia di gemparkan dgn berita yang sangat menyentuh hati dan perasaan,,berita tentang saudara seIslam kita yang sedang berjuang untuk agama yang mulia - I S L A M..

jangan kita lupa untuk terus mendoakan mereka,,kerana doa adalah senjata mukmin yang sangat berbisa..disebabkan kita tak mampu bersama mereka memperjuangkan agama,,cukuplah sekadar dengan mendoakan mereka,,supaya dengan usaha yang kecil ni,,mampu memberi hasil yang besar..

******
actually entry nie bukanlah berkisarkan sambutan syawal atau mana mana isu semasa...kalau nak bercerita soal isu semasa,,kita kena alert,,dan cerita tu mesti laa fakta yang betul dan tepat..mana boleh nak main redah jer menulis..kang ada pulak yang banned aku..buat cerita sesedap tekak jer kan...

tadi aku ada test MICRO,,alhamdulillah..rasa macam boleh buat jaa...confident 87% ..tapi tak tawlah jawapan tuh boleh dapat 100% takpun habes koman 85%..HAHA...habes tuh,,tunggu hana balik keja then gerak p kangar kejap,,nak kuarkan duit,,ngan deposit cek...sampai kat flyover arau tuh,,teringat yang dapur tengah rebus jagung..setengah jam yang lalu dan masih belum di padamkan api..bila teringat tuh,,terus buat U-turn,,terus pecut balik rumah..alhamdulillah syukur tak terhingga,,naseb baik,,air tak kering lagi..kalo dak,,rentung rumah aku,,sehelai sepingganglah jawabnya...dengan fon pown tak bawak kan...elok sangatlah...

balik jaa dari kangar,,terus bersila makan nasik lemak yang g beli sebelum sampai umah...kalut kalut sebab ingat ada kelas investment ganti malam nie...dengan lahapnya,,makan lelaju,,then terus bersiap...sebelum pakai baju suma,,tetengok membe antaq mesej cakap kelas cancel..owhh,,da very da hangit betoi...then habes makan,,g laa sinki,,nak satukan sampah sampah...-saja nak memanjangkan entry =D

ceritanya bermula di sini *dalam nada menyeramkan*

sebaik saja aku angkat plastik sampah tuh,,cuba bayangkan,,ulat sampah...banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat,,dah kuar dari plastik sampah...duduk bawah plastik sampah...ce bayang..ce bayang...geli doh!!!aku jerit panggil hana.

HANAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!
ulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!

tapi hana uhh pown dak,,erk pown dak...aku dah ketandusan kekata dah..dan untuk pengetahuan aku geli dengan ulat oi..!!bg katak kaa,,cicak ka,,lipas kaa,,aku bleh terima..tapi bukan ulat atau ular...aku geliii!!!!!!!aku bab ulat nie,,memang out terus...ulat bulu,,ulat sampah,,ulat beluncas,,ulat daun dan ulat sawa..#ehh..ular sawalah...aku memang cannot go..tapi dah disebabkan takdak sapa yang sanggup nak bertanggungjawab,,aku terpaksa,,membuang segala kegelian tuh,,then letak kat sinki then basuh yang mana yang ulatnya kelihatan..

tetiba aku terfikir something..almaklumlah,,aku nie remaja yang tegar dengan soalan soalan yang selalu buat kepala otak aku serabut...

"terpikir aku macam mana ulat nie boleh bersepah kat sampah tu ? mai mana ulat ulat nie ? dari kulit bawang kah ? dari sayur sayur kah ? dari nasik yang tak habes kah ? dari kuah kah ? "

banyak doh persoalan yang keluar dari otak aku yang seketui nie...pelik,,dan musykil...then aku pown trylah google,,tapi tak dak pown artikel yang aku jumpa macam mana datangnya ulat sampah nie...so,,benda nie menjadi persoalan yang tak ada jawapan..dan yang aku pelik lagi,,macam mana ulat ulat tuh bleh kuar dari plastik sedangkan,,plastik tuh tak bocor pown..kalo kata dia naik kowt atas,,mesti lah yang atas tuh lagi banyak dari yang bawah..tapi yang bawah lagi banyak,,dan belah atas tak dak..

M I R A C L E

ada orang cakap ulat sampah datangnya dari telur lalat..kalo ulat sampah kat luar rumah,,ada kemungkinan laa..tapi dalam rumah..sebutir lalat pown aku tak nampak..macam mana nak kata datangnya dari telur lalat...so,,tak bleh pakai teori tuh...haaa...

dulu aku pernah laa tengok dokumentari omputih...macam mana lalat jadi...actually,,ada sorang laki nie pesakit diabetic..kencing manis,,and kaki dia dah buruk teruk..luka habes..teruk sangatlah..sampai berulat dah...tapi aku tak sure datang mana ulat tuh...then dia bungkus kaki si pesakit tuh,,di bungkus dengan plastik..dia wrap yang mana sakit tuh sampai bahagian yang tak luka tuh...then lepas satu jam,,dia buka wraping tadi tuh,,ce teka apa yang jadi...teka ! teka !

bayangkan ulat ulat tuh dah bertukar jadi lalat,,and lalat lalat tuh dah terbang..masya Allah..see betapa besarnya kekuasaan Allah nie...dan isu ulat sampah tuh pown tak dapat di selesaikan...tak dak sapa yang tahu mungkin...tak dapat kita jumpa kat mana mana sebab dia menjadi rahsia Allah yang maha agung...

nauzubillah..! 
Allahu Akhbar !

nota kaki : jangan lupa mendoakan saudara mara kita di MESIR,SYRIA,PALESTINE..
semoga mereka terus tabah dan semoga syahid milik mereka..!

Tuesday, July 16, 2013

barakah RAMADAN : ROH yang KEMBALI

ASSALAMUALAIKUM

kebetulan aku habes kelas awal hari nie,,dan gap untuk kelas yang seterusnya agak panjang,,dannn tangan tengah gatal gatal nak pegang keyboard lappy nie,,so aku amik peluang yang ada,,di dalam kesunyian untuk berblogging..*hosmate aku suma dah balik kampung..tinggai aku sensorang dalam bilik gelap nie...actually apa yang aku nak tulis nie,,bukan lah idea tulus suci murni dari kepala aku...aku terbaca dan tertarik dengan status kat facebook nie..then aku amik dan olah untuk aku kongsikan bersama sama korang..krikk krrikkk...*bunyi cengkerik..(korang??sapa pulak...macam ada sangat orang nak baca blog aku kan..) =..="

*******

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADAN

Apabila tiba bulan Ramadan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah SWT untuk kembali ke bumi.. Ada roh yang DIBENARKAN pulang ke bumi dan ada yang TIDAK dibenarkan.. Roh yang di benarkan pulang adalah kerana AMALAN BAIK mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin penjamin yang MENDOAKAN mereka.. Manakala roh roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka,akan terus di penjara di Luh Mahfuz..

Apabila roh dibenarkna pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.
kemudian mereka akan pergi ke rumah anak anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang MENDOAKAN mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk BEKALAN mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya 1 Syawal - Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan "Selamat Tinggal" kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang di berikan oleh mereka mereka yang MASIH HIDUP..

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan(dosa) semasa hayatnya BOLEH dibantu dengan DOA doa ORANG yang MASIH HIDUP.. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang orang yang masih hidup..

Oleh itu,wahai sahabatku,jangan biarkan orang orang yang kita SAYANG, yang telah mengadap Allah terlebih dahulu daripada kita SEPI tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara :

1. DOA anak anak yang SOLEH
2. ILMU yang bermanfaat
3. SEDEKAH amal jariah..
-copy-


*******

jadi kesimpulannya,,kita yang masih Allah pinjamkan nyawa,,yang masih mampu merasai nikmat dunia,,yang masih mampu menggerakkan anggota,,jangan lupa,,jangan alpa,,jangan mudah ternoda dengan duniawi...bantulah sahabat sahabat kita,,guru guru,,saudara mara,,ibu ayah,,suami isteri,,anak anak yang telah dulu di jemput Illahi..kita mampu mengubahnya..*ayat macam pilihan raya...aku tak mau terlalu serius dalam entry nie..cuma berkongsi cerita dan idea...

aku nak update entry ramadan pown tergendala...idea terbang melayang bersama masalah yang tak putus putus..bukan nak merungut,,cuma jelaskan keadaan..bersyukurlah dengan apa yang dah Allah aturkan untuk kita walaupun sakit yang kita dapat,,derita yang kita rasa,,pahit yang kita telan kerana di situ terbukti yang Allah masih memerhatikan kita...masih rindukan rintihan kita,,masih menyayangi kita...

berdoalah,,kerana itu saja satu satu BEKALAN yang kita mampu beri untuk insan insan yang kita sayang..apa pun,,LIFE MUST GO ON...dan di kesempatan nie aku nak ucapakn SALAM RAMADAN even dah seminggu pown berlalu sebab aku tak sempat nak update entry pasal ramadan taun nie..andai entry nie ada yang mengguris hati sesiapa,,maafkan aku..aku cuma manusia biasa yang tak lari dari kesilapan...





Tuesday, July 2, 2013

pergi tidak kembali tiada berganti

ASSALAMUALAIKUM

sekarang aku dalam mode silent and alone..terpanggil untuk aku berkongsi cerita walaupun dia bukanlah teman rapat cuma insan naif yang aku kenal secara kebetulan..

******
"Allah does not burden a soul with more than it can bear"
(Al-baqarah : 286)

tak terjangkau dek akal bila hilangnya insan yang disayang,,insan tempat berkongsi suka dan duka,,insan tempat bermanja,,insan yang sewajarnya membawa kita ke jalan redha Allah..perginya tak kembali dan sudah pasti tidak terganti dengan siapa...dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali...cuma bezanya bila,,di mana,,bagaimana??

setiap yang bernyawa pasti akan mati..dan tak siapa pown akan terlepas dari merasai kematian...aku,,kau,,dia pasti akan pergi bila bila masa saja..mungkin sebentar lagi,,esok,,lusa,,bulan depan,,tahun depan,,mungkin 25 tahun lagi..mungkin..semua itu rahsia yang maha mencipta...

tidak pernah terlewat atau terawal  2 3 hari,,malah walau sedetik jua Si Malaikat Maut - IZRAIL dalam menjalankan tugas...cuma kita sudahkah kita bersedia untuk menghadap Illahi..apa cukup dengan apa yang kita pertaruhkan sepanjang kita dipinjamkan nyawa dari yang Esa...tepuk dada tanyalah IMAN kita...
NAUZUBILLAH..

sesungguhnya kita masih lagi menjadi hamba yang alpa dan lalai dalam menjadi pinjamanNya di dunia ni...cuma ingin berkongsi cerita,,sekadar turut bersimpati sebagai insan biasa yang punya hati...

terkejut dengan berita kehilangan seorang lagi hamba Allah kerana terlibat dalam satu kemalangan...orang yang di kenali secara tidak sengaja dalam masa yang tak terduga,,tanpa pernah bertegur sapa,,hanya melihat melalui mata..bukan lah sahabat yang setia,,bukan juga saudara terdekat cuma berkongsi atas nama saudara seIslam...berita dia kehilangan "SUAMI TERCINTA" turut meruntun hati sesiapa,,menggamit rasa sedih yang bertapak di hati...dia cuma insan biasa yang naif,,bergantung sepenuhnya kepada di suami,,tapi apakan daya Allah lebih sayangkan suaminya..

kuasa Allah siapa yang bisa menidakkan andai si pencipta sudah mengiyakan...si isteri di tinggalkan dalam keadaan yang tidak bersedia bersama buah hati sebagai teman pengganti tat kala hati tengah sunyi...lihatlah rencana Allah,,di ambilnya seorang kemudian digantikan dengan seorang..sebenarnya Allah sedang merindui rintih si isteri untuk berserah,,mengadu dan terus redha dengan apa yang telah tertulis dalam qada' qadarnya..

aku jugak pasti,,setiap mata yang melihat pasti turut di runtun hiba apatah lagi hati yang menanggungnya...setiap luahan yang kita hanya mampu lihat melalui post post dan status sudah cukup menggambarkan betapa dalam kasih seorang isteri kepada si suami dalam menyulam cinta yang hadirnya juga datang dari yang Maha Kuasa...

aku turut simpati dan sebak setiap kali luahan rasa rindu kepada yang telah kembali kepadaNya dicerita..apa yang mampu aku lakukan,,sentiasa berdoa supaya ditabahkan hatinya dalam menerima apa jua yang telah Allah rencanakan..pasti akan ada kebaikan di hujungnya...walaupun perlu di tempuh sejuta kesakitan jua sejuta kelukaan...sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...kita hanya merancang,,dan sedarlah Allah juga sudah merancang dan yakinlah perancangan Allah itu adalah yang TERBAIK...

cuma nasihat aku diberi...SABARLAH wahai si pemilik hati..ya bukan aku yang hilang insan tersayang,,bukan aku yang hadapi semua ini,,bukan aku di tempatmu,,dan percayalah ganjaran bagi orang yang bersabar itu BESAR NILAInya di mata yang Maha Esa...kembalilah kepada Tuhanmu...doakanlah suamimu kerana hanya itu sebagai bekalan dia di sana...belajarlah untuk memperbaiki diri supaya Allah turut menempatkan kita dalam golongan mujahid dan mujahidah suatu hari nanti...jangan sampai kita sendiri terlewat..dan saat itu,,sudah tidak ada apa yang mampu kita lakukan saat badan terkujur kaku menunggu hari seterusnya..

berdoalah,,dan terus berdoa mohon kita dan insan tersayang turut di ampunkan atas dosa kelmarin...setiap manusia tak lari dari melakukan kesalahan dan dosa...cuma satu jalan untuk kita,,dengan bertaubat,,dan yakinlah bahawa Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hamba hambanya..sesungguhnya Allah itu bersifat AR-RAHMAN AR-RAHIM - Maha Penyayang dan Maha Mengasihani...percayalah Allah merindui rintihan dan tangisanmu...janganlah lagi kau meratapi pemergiannya,,kerana Allah mahu engkau belajar untuk menjadi hamba yang lebih SABAR,,TABAH dan lebih REDHA...

setiap permulaan ada akhirnya,,setiap yang bernyawa tidak lari dari sebuah kematian...semoga kita sentiasa mendapat keampunan dan keredhaan Allah...setiap kali rindu menjengah pada insan yang telah kembali kepada Tuhannya,,jangan sekali kau tangisi,,apatah lagi ratapi kerana dia perlukan ketabahanmu juga DOA dari insan yang dapat membantunya di alam satu lagi...berdoalah dan terus berdoa kerana cuma itu yang mampu dia terima daripada kita...cuma itu bekalan yang dia mampu bawa...jadilah ISTERI yang terbaik di dunia juga in shaa Allah di akhirat sana...ISLAM itu MUDAH dan INDAH...

terimalah dengan hati yang terbuka dan redhalah...mungkin aku cuma bisa berbicara tapi sedarlah HAKIKAT itu kadangkala PAHIT untuk di telan...

-BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM-

"Ya Allah,,aku cuma hamba yang tidak punya apa apa..aku cuma insan yang kerdil..
tapi aku yakin engkau sentiasa bersamaku dan sentiasa mendengar keluh kesahku...
kau tabahkanlah hati wanita ini dalam menerima pahitnya kehidupan saat kau mengambil insan yang dia sayangi..namun aku yakin engkau punya alasan atas apa jua yang engkau kehendaki..
kau tanamkanlah sifat sabar,,tabah,,dan redha dalam dia menempuh apa jua yang bakal dia hadapi selepas ini tanpa seorang suami..
kau labuhkanlah cintanya terhadap suaminya kepada cintakanMu ya Allah...
berat mata yang melihatnya,,berat lagi dia untuk terima semua ini..kau tunjukkanlah dia jalan yang BENAR,,jalan yang LURUS ,,jalan yang engkau REDHAI...
janganlah kau pula mengambil dia saat dia masih belum bersedia..
Ya Allah,,kau cabutlah nyawa kami selepas kami selesai ibadah,,
setelah sempat taubat dan sempat syahadah..bukan semasa maksiat,,semasa dosa dan tika kami alpa..Sesunggunhnya,,hidup mati kami hanyalah kepadaMu.
Ya Allah kau ampunkanlah arwah suaminya,,kau tempatkanlah dia dalam kalangan orang orang yang beriman,,kau ringankanlah dia dari siksaan kubur..kau terimalah segala kebaikan dia di atas dunia ini dalam menempuh kehidupan di alam sana..jua kau perkenanlah doa kami ya Allah..Sesungguhnya kepada engkau kami meminta,,dan kepada engkau kami memohon pertolongan"

-AMIN-

semoga wanita ini lebih TABAH ya Allah !


notaKAKI : kadangkala Allah turunkan HUJAN dan digantikan 
pula dengan PELANGI yang INDAH..
semoga ada lagi KEBAIKAN untuk kami..

PILIHAN

ASSALAMUALAIKUM

bangun awal pagi mandi g kelas jalan kaki..wahh rasa sihat aku bila lakukan satu hal ini...dan after 1st kelas untuk hari nie,,dapat announcement pulak yang kelas petang nie CANCEL...madam dapat mc #SorEyes...macam mana bleh taw,,mesti laa budak kelas gtaw...takkan dia nak buat video "I Got MC 5 day-SORE EYES" then up masuk you tube...kahkahkahkah...*bapak ahhh bukan lawak pown nak gelak dekah dekah...ketuk pala seniri...

******

bila usia menginjak ke gadis 20 an nie,,apa yang selalu di fikirkan op cos laa pasal future...especially about married...gila kau,,sapa yang tamau kawen...sunnah kowt...HAHA...bila cakap pasal kawen rasa macam indah ja...ye laa,,dah tak kawen lagi..kang dah kawen taw la..bukan setiap masa nak indahnya kan...kemonlah...."Sedangkan Lidah Lagikan Tergigit,,Inikan Pula Rumah Tangga.."attuuddiiaaa keluaq dah falsafah aku..ehemm..*over ngat aih!

kalau tanya aku,,aku pown nak kawen...kau tak mau kawen..??hoh..RUGI...aku nak kawen sebab 1.NAK MASUK SYURGA - gila kau,,perempuanlah yang paling banyak masuk syurga u! tak kurang hebat yang jadi penghuni neraka..perempuan jugak yg ramai...ekekeke..tapi aku! nak SYURGA lah...jangan cakap tak taw syurga tuh apa..aku ketok kepala kang ngan tong gas...haa...mudah nak masuk syurga bila jadi isteri nie...

i. solat 5 waktu sehari semalam
ii. taat pada suami
iii. menjaga kemaluan

semoga wanita ini menjadi ISTERI yang TAAT,
ibu yang
SOLEHAH - SYURGA sebagai sandaran


hehehehe...tuh salah 3 nya cara mudah nak masuk syurga...dan sebab ke 2. LAHIRKAN PEJUANG ISLAM - maksud aku secara tersuratnya aku nak ramaikan anak cucu adam...ahahhaha *gatai kau nok!! tersiratnya aku nak anak anak aku jadi orang yang mampu perjuangkan AGAMA dia...even aku nie tak lah baguih sangat..tapi aku harap laa dapat anak anak yang boleh tolong aku masa kat kubur and tolong bawak aku ke syurga...anak tuh aset kowt..HAHA...angan angan tinggi oi..

wokeyyy ! wokeyyyy ! wonggeyh wonggeeyyhh ! *amik balik idea hat undetected tadi nie...baru sambung tulis balik nie...p melangut sat tadi..owke owke..masalah nya di entry yang masih belum jumpa jalan yang benar nie bukan aku nak cerita pasai "Isteri Isteri Solehah Membawa Ke Syurga.." bukan bukan..aku sebenarnya nak cerita pasai PILIHAN hati...cewahh...aku tak mention sesapa...setiap orang mesti laa ada kriteria kriteria pilihan nak buat suami/isteri..yer dak...xkan nak maen menikah jaa kan...kemonlah...zaman sekarang kita kena lebih bijak,,sebab rumah tangga yang kita bina nak sampai ke jannah..bukan setakat seminggu,,sebulan,,setahun tapi nak SELAMA LAMANYA...*attuudiaa hurup besaq oi..HAHA..setiap orang berhak untuk memilih..saya pilih mengundi..dah kenapa tetiba ne..HAHA..kalau aku,aku punya pilihan mesti laaa.....


1. AGAMA ISLAM
::::---> tak kisah laa bangsa apa pown...hindu ka,,melayu ka,,cina ka,,omputih ka yang pasti mestilah beragama ISLAM...Islam agamaku kowt...sebab Islam ja yang akan bawak aku ke SYURGA..hahah..kalo dapat omputih yg Islam,,hai jgn dok tanya bagaimana ropa anak anak aku esok nie...HAHA..*berangan tak habes habes...tapi Islam bukan sekadar hanya pada nama...maksud aku,,dia mesti taw solat,,taw posa,,taw baca quran,,taw halal haram...dan bukan saja TAHU,,tapi turut MELAKSANAKAN...
        hempa percaya dak orang yang melaksanakan aktiviti harian mengikut cara Islam mampu membina satu institusi kekeluargaan yang "sakinah mawaddah wa rahmah"...ayat BM tak bleh blah baqq hangg..HAHA..kalau tak percaya,,anda harus mempercayainya..*tengok kak ton..??comel tak kak ton..nah tetiba rindu kak ton...so,,bila dia Islam,,dekat dengan Islam,dia mencintai Allah mesti apa pown yang dia buat bakal membawa satu kebaikan bukan saja untuk dia malah untuk orang sekeliling dia..aku nak masuk syurga nie,,so mesti laa aku nak laki aku bimbing aku bawak ke syurga bersama..wahhh!!sweet sweet gitu baqq hang...

2. BERTANGGUNGJAWAB
::::---> bila jadi laki mesti laa taw TANGGUNGJAWAB sendiri..tak bermaksud perempuan tak perlu bertanggungjawab..masing masing kena taw tanggungjawab sendiri..tapi kat sini aku fokuskan kat si lelaki lelaki la,,yang kita sendiri taw,,depa nie lah khalifah atau pemimpin atas dunia nie...even bukan khalifah atau pemimpin untuk sebuah negara cukup laa untuk menjadi khalifah di masjid...kalau tak mampu untuk jadi khalifah dalam masjid negara pown,,cukuplah menjadi khalifah dalam masjid yg di bina sendiri.."masjid rumahtangga"..khalifah @ pemimpin apa yang tak taw tanggungjawab kan...ini tidak bagus..maksud aku dia kena laa taw tanggungjawab dia sebagai seorang anak kepada seorang ibu dan ayah,,sebagai seorang suami kepada si isteri,,juga sebagai seorang ayah kepada anak anak..
          sedarlah,,bila mana akad di lafazkan secara zahir dan batinnya isteri adalah HAK MUTLAK seorang suami..dan tanggungjawab yang si ayah pikul selama 20 tahun,,25 tahun,,32 tahun scara rasminya turun kepada si menantu..so,,dah nak bela anak orang nie,,buat laa elok elok..jangan sebelum dapat bukan main lagi,,bila dah dapat,,hampeh..!!jangan siksa si isteri sebab dia dah tak mampu lakukan apa apa even nak melawat ibu yang dah nazak tanpa izin dari suami si isteri tak boleh ziarah..nampak kuasa veto si suami..nampak tak..nampak tak..??dan perempuan pown harap bijak dalam memilih si suami..semoga kita dapat keluarga yang apa adik adik...??yang apa...??yang sakinah mawaddah wa rahmah..!!pandai...

3. PENYABAR
::::--->mendapatkan seorang yang punya tahap kesabaran yang tinggi nie bukan mudah...tapi kalau aku,,aku nak laa en.suami aku tuh SABAR nya level paling tinggi punya...sebab apa..??dalam melayan kerenah perempuan nie bukan senang...perempuan nie hati dia halus,,penuh ngan jiwa...sensitif dan mudah tersentuh..macam kaca yang halus,,tak dipegang elok,,jatuh berkecai,,bila di genggam terlalu kuat,,pecah di tangan sendiri...emosinya tak menentu...perempuan nie ada masa dia,,nak nak masa dia tengah datang bulan,,sakitnya,masa berpantang,,lepas bersalin...haa..bukan senang nak jaga perempuan nie..cakap salah sikit ja,,merajuk nahh kau,,berminggu minggu..terkuat suara sikit ja,,pecah empangan kilang air mata..kadang kadang sampai tak bleh nak celik bengkak teruk nanges punya angkara...
           so memiliki seorang lelaki yang tinggi sabarnya in shaa Allah rumah tangga akan harmoni dan berjalan dengan baik...in shaa Allah rumah tangga tuh akan utuh walaupun ada yang cuba nak jahanamkan...ciss..!!ada kowt jenis tak bleh tengok orang bahagia nie..so beware..kekadang kawan sendiri khianat ngan membe membe...aku harap sangat dapat laki yang penyabar untuk melentur aku jadi isteri yang taat ibu yang solehah..acecececcecece...bukan apa,,aku nie kepala batu,,ketegaq orang utaqa habaq..HAHA...

4. TERIMA SEADANYA
::::---> lumrah laa jadi manusia nie,,mesti nak yang perfect..sapa tak mau orang yang tampak sempurna pada mata sapa pown..gila kau..!!tapi dalam berpasangan nie,,biarlah si dia tu dapat terima kita seadanya...kalau betul betul sayang kan..tak kisah lah,,kalau dulu kurus cun melecun macam Rozita cik wan,,tapi sekarang cun tapi comel macam Enot pown masih boleh terima seadanya...yer dak...dulu segak sekarang bukan laa nak kata tak segak,,segak laa jugak,,cuma kurang laa peratusannya dari dulu...mula laa itu tak kena ini tak kena..then ungkit mengungkit...terima seadanya nie bukan secara fizikal semata mata...luar dalam dia kita kena terima seadanya...jugak,,boleh terima masa silam kita..."Lihatlah aku siapa aku pada HARI INI,,bukan siapa aku SEBELUM INI.." 
             paham ke idok??maksudnya,,fitrah menjadi manusia nie tak pernah lari dalam membuat kesalahan,,kesilapan dan tak lari dari buat dosa..so,,terimalah dia siapa dia hari nie..tak perlu nak ungkit ungkit masa silam dia..setiap orang berhak untuk mendapat peluang kedua..kalau peluang kedua tuh mampu buat dia jadi insan yang lebih baik...apa salahnya kita bagi dia peluang..tapi kalau penerimaan kita tuh tak membawa kita ke jalan yang lebih baik,,kita tak payah terima..sebab kita kejarkan SYURGA sekarang nie..*sungguh sungguh aku cakap pasai syurga entry kali nie..HAHA...mungkin ada yang lebih baik menanti kita kat depan sana...siapa tawu..kan..??

5. MENYENANGKAN HATI
::::---> setuju atau tak bila aku cakap,perempuan nie suka laki yang cool dan pak lawak...HAHA...maksudnya pandai buat lawak..boleh menghiburkan...even muka tak laa berapa nak handsome,,tapi kalau laki tuh mampu buat sorang perempuan tuh gelak tanpa cover cover,,gelak yang ikhlas bukan gelak yang di buat buat..yang pastinya...konfirm pempuan hat tak segak,,hat cun gila punya pown bleh cayaq  cair baqq hang..kalau tak lawak macam zizan ngan johan pown cukup lah yang mampu menyenangkan hati...sedia untuk sediakan telinga dengar masalah,,sediakan bahu untuk melepas tangis,,sediakan hati untuk berkongsi rasa dengan cara masing masing...
         perempuan paling tak suka laki yang serius doplohpatjamtujuhhariseminggu...dia rasa tak terhibur..hambar ja...bayangkanlah weyh,,masing masing sembang benda benda yang serius..kalau aku??apak boring baqq hang...tak pown perempuan jaa yang pulun nak bagi keadaan tak sunyi,,hat laki,,senyum gelak pown mau tak mau...sesungguhnya perempuan nie suka lelaki yang menyenangkan hati dan mampu menghiburkan...atuudiaa attudiiiaaaa....aku suka laki yang suka buat aku gelak,,sebab GELAK tuh hobi aku...kalau dalam rumah tangga pown,,masing masing muka nak serius ja,,gamak nanti bukan keluaq anak orang kuaq anak singa laa...so,,jadilah lelaki yang menyenangkan hati perempuan...macam tuh jugak perempuan..sekali lagi aku fokus kat laki sebab aku tengah mencari calon suami yang bleh bawak aku ke syurga..ha nampak nampak..??HAHA

6. MENGHORMATI
::::---> yang pasti bakal en.suami aku nie mestila taw apa tuh hormat,menghormati dan dihormati...bagi aku lelaki yang tak tahu menghormati nie dia BIADAP..nah amik hang kasaq kemain bahasa aku..jenuh laki reject...HAHA..bukan saja hormat MAK AYAH dia,,MAK AYAH aku,,AKU SENDIRI,,ADIK BERADIK aku,,KAWAN KAWAN aku,,tapi taw nak hormat orang lain sama...bukan buat lebih kurang ja...bila dia menghormati kita,,dia sendiri akan sedar apa yang wajar dia buat,,apa yang dia TAK PATUT buat...kalau muka macam ADI PUTRA sekali pun *ohh adi putra ku* tapi tak reti nak hormat orang,,go die lah...tak layak rasanya mai duduk atas bumi Allah nie...contohnya since kita kawan ngan dia,,bila dia hormat ngan kita,,dia akan jaga batas yang sepatutnya dia jaga..tak kisah lah kalau perempuan tuh yang mula goda dia,,sebagai lelaki awok perlu tegas apatah lagi kalau awok yang mula dulu..kalau dia tak tahu batas batas yang sepatutnya,,dia layak untuk di jadikan suami and you should leave him and deserve someone better than that....atooodddiaa todiiiaaa tooddiiaaa bila aku yang tak berapa nak hebat nie speakingkan..HAHA...tapi betul lah...aku rasa tak gentle lah bila laki yang tak taw nak hormat orang lain ne..nak tengok pown macam mana ntah...


setakat nie cukup lah aku bagi yang tuh dulu...aku sebenarnya ketandusan ayat..HAHA...tengok point last tuh dah laa...sumpah!bila dah lama tak update blog ne,,rasa ketaq jaa tangan nak taip..HAHA..see u soon...itu pilihan saya..??anda bagaimana??



notaKAKI : apa yang kita pilih sekarang akan memberi kesan
 pada masa akan datang..so BEWARE!


Monday, July 1, 2013

boring !

ASSALAMUALAIKUM

actually dah lama aku tak update blog...latest entry pown aku letak lirik lagu ja..sumpah ketandusan idea nak tulis...then bulan 5 ri tuh,,masa cuti sem lagi lah...apa pown tak sempat nak buat..bersosial di laman "so-SIAL" lagi lah tak sempat..sebab sibuk ngan wedding kakak aku..almaklumlah bila kena jadi driver ke sana ke sini...so,,memang apa pown tak sempat..dengan buat majlis secara gotong royong..rumah aku mak aku kak aku ngan adik aku yang cat..then 2 minggu sebelum majlis abang aku baru balik settle bahagian dapur,,kalo nak harap si gadis gadis memang tak sempat laa..sebab gadis gadis ada lagiiiiiiiiiiii banyakkkkkkkk benda yang perlu di settlekan..

*******
nak di jadikan...di waktu pagi begini dengan kelas esok kol 10.00 pagi memanag laa susah aku nak lelap mata...kalo kelas kol 8 memang time aku tidur dah..sebab esok nak kena bangun awal macam mana pown...so disebabkan masih ada ruang untuk aku berangan angan esok pagi,,maka di saat ini aku still tak boleh nak lena...warghhh!!!stresss..!!!!

nak kata lapaq,,aku dah makan...apa pasai entah malam ne...rindu kowt...HAHA...poyo gila statement baqq hang!!!ha laa selalu dok bergelak ketawa ngan dia,,malam nie sunyi teruih..haii sabaq je la...nasib bukan somi aku g..kalo somi aku,,aku ajak dia guling guling time aku tak bleh lena macam nie...naseb baik bukan hak mutlak lagi...haii..sabarlah hai hati...

sebenaqnya aku tak dak benda nak cerita pown dalam entry nie...tapi bagi menghilangkan kebosanan aku terpaksa merepek repek sekejap...#entry tanpa hala tujuan..!!!

tadi tengah hari entah angin apa ntah,,aku masak,,aku ajak ya mai makan sekali...selamat ada yang nak teman..kalo dak makan sensorang lah jawabnya...boring kowt weyh!!pastu dalam dok sembang sembang ngan dy ajak laa dy p jogging petang tuh...

dengan semangat kol 6 dy mai amik aku kat rumah...al maklumlah moto gue dah uzur...nak wat gena kan...terpaksalah menumpang...btw...segan nak p jogging dalam uitm kat sportcom,,aku ajak la ya p jog kat kampung uh...mai ai..!!!p p sana sawah terbentang luas...ronda ronda laa nak cari port mana nak jogging...luaih luasbaq hang bendang tu wey...ronda punya ronda sampai sesat...jalan nya banyak "The Road Not Taken.." banyak cabang kowt..nak p mana pown tataw...di sebabkan ikot kepala drebar,,sampai laa kami jumpa jalan mati..HAHA...turun moto kona balik laa...kona kona dua kali p tempat yang sama...HAHA..cuak bang hang sesat kat tempat orang...

tapi dengan semangat yang ada,,control laa ayu,,and lastly jumpa jugak jalan keluar..alhamdulillah Allah tunjukkan jalan yang benar,,jalan yang lurus..HAHA..gelong..then singgah p kedai makan eskrem..konon p jogging,,last last p amik angin ja...chuih..!!!

err....errrrr....errrrrr...errrrrrrrr....errrrrrrrrrrrrrr *ketandusan kata kata ..takpalah,,aku rasa aku cerita takat nie jala kowt..bapak boring siak entry aku kali nie...padan tak dak yang nak follow blog hangit aku nie..HAHAHA...




notaKAKI  : aku rindu kat hang weyh...HAHA..

Saturday, June 29, 2013

setengah mati merindu

Setengah Mati Merindu

by JUDIKA



Mengapa waktu
tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu
terlalu banyak berkelana

Mengapa kita
masih saja tak pernah bersatu
selalu saja bertemu bertemu saat 
kau milik yang lain

Mungkin KAU BUKANLAH JODOHKU
BUKAN TAKDIRKU
terus terang

Aku merindukanmu
setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu
aku tetap menunggumu

Mengapa waktu
tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu
terlalu banyak berkelana

Mungkin kau BUKANLAH JODOHKU
atau bahkan BUKAN TAKDIRKU
terus terang

Aku merindukanmu
setengah mati merindu
aku merindukanmu
aku tetap menunggumu

Menunggumu
Menunggumu
Aku tetap menunggumu


notakaki : mungkin kau BUKANLAH JODOHKU

Friday, June 28, 2013

Bahagiamu Deritaku - Hafiz

Bahagiamu Deritaku
by Hafiz



Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tang sangka dia membawa jantungku bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka
Dia membawa jantungku bersamamu...



notakaki : amik mood untuk update entry seterusnya

Tuesday, April 16, 2013

the day

ASSALAMUALAIKUM

*****

aku cuma berharap yang esok tidak akan menjelma,,

dan

malam ini akan menjadi lebih panjang..

kerana aku sedar,,

PERPISAHAN 

itu ada setelah hadirnya sebuah 

PERTEMUAN..








noted : i'm gonna miss u and especially
all the moment between us !

Sunday, April 14, 2013

SEMESTER DONE

ASSALAMUALAIKUM

disebabkan aku tak boleh nak layan RUNNING MAN,,so aku bukak blog nie tok update entry baru..al maklumlah,,diri nie dah FREE...sebelum balik penang,,balik rumah then sibuk,,konfirm konfirm punya aku tak bleh nak update blog..siang rehat,,malam kerja..mana nak ada masa nak berblogging nie kan...

*******
ALHAMDULILLAH...sebaris kalimah yang cukup mudah,,ringkas dan penuh makna dapat aku ucapkan..ucapan sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah Tuhan sekalian alam..orang yang tidak pernah merasa kesyukuran walaupun dengan pemberian yang kecil,,maka tergolonglah mereka dalam golongan orang orang yang SOMBONG...

alhamdullillah,,syukur kepada dia yang menciptakan AKU,,KAU,,DIA,,MEREKA dan KITA semua sebab aku dah selamat selesaikan SEMESTER yang berikutnya...perjalanan yang cukup cantik Allah rencanakan untuk kita...

alhamdulillah,,aku dah habes paper final exam untuk sem nie...habes semalam...aku tak taw lah nak cakap macam mana..tapi ada jugak 2 3 paper yang aku tak dapat skor..mungkin pergantungan aku banyak hanya pada usaha tanpa aku meletakkan pergantungan aku kepada yang sepatutnya -ALLAH..

actually,,sem nie adalah sem last untuk member member aku...sumpah,,i'm gonna miss ALL of you...especially YOU dear..!!!apa yang buat kita rasa rindu,,adalah MASA yang dah kita habeskan sesama...aku tak taw lagi macam mana nasib aku untuk sem nie..adakah baik??agak baik??amat baik??atau TIDAK bernasib BAIK??sekali lagi itu semua Tuhan yang aturkan...

usaha dah aku usahakan..mungkin usaha aku masih belum cukup...apa pown aku kena terima dengan redha,,sebab apa yang aku dapat adalah atas apa yang dah aku USAHAKAN...kalau aku dapat BANYAK,,mungkin sebab USAHA aku yang LEBIH...kalau aku dapat SIKIT,,,itu bermakna USAHA yang aku KELUARKAN masih TAK mencukupi..!!

"Allah tidak akan memberi KURANG daripada apa yang kita USAHAKAN,,dan tidak member LEBIH atas apa yang dah DI USAHAKAN.."

apa pown,,aku harap semuanya baik baik belaka...in shaa Allah...ramai budak budak U aku dah balik...ada yang sangat tak sabar nak balik..tapi ntah napa aku pulak rasa nak duduk sini untuk berapa ketika lagi..habeskan masa bersama sama...mungkin ini saat terakhir kita jumpa..mungkin...kita tak tahu..sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya...

nak kemas barang pun malas...apa pown yang bermain kat kepala otak aku sekarang nie macam mana aku nak hadap semester depan sensorang..mampu kaa aku...ahh,,abaikan..apa saja masalah pasti ada jalan penyelesaian...

apa pown aku nak cakap,,selamat tinggal "SEMESTER INI"..!
























nota  : entry hilangkan bosan

Thursday, March 28, 2013

kematian

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulillah hari nie selesai paper final exam aku yang pertama..aku cuma mampu berserah dengan apa yang dah aku usahakan untuk paper nie..semoga Allah memudahkan perjalanan pengajian aku sampai selesai semester akhir,,semester depan...5 paper need to go..!in shaa Allah,,Allah will ease us..!

******

setiap yang hidup takkan terlepas dari sebuah kematian..setiap permulaan pasti ada akhirnya..setiap makhluk Allah yang bernyawa atas dunia nie pasti akan bertemu dengan kematian..itu JANJI Allah yang pasti dan takkan terlewat walau sedetik jam berdetik...bezanya bagai mana kematian itu berlaku,,di mana,,dalam keadaan yang macam mana..semua itu hanya Allah yang mengetahui,,kerana Dia pencipta seluruh alam dan mengetahui segala perjalanan makhluk ciptaanNya..jodoh,,ajal maut itu semua rahsia Allah yang kita sendiri tidak pernah sangka dan tidak pernah jangka...

bagaimana kita menghadapi saat perpisahan dan kematian itu..semua mampu di nilai sejauh mana keimanan kita terhadap yang Maha Kuasa..

21 MAC 2013,KHAMIS
aku di khabarkan dengan satu insiden malang yang berlaku kat salah sorang student UiTM dekat sini..dia di langgar sebijik sebuah lori dekat taman perumahan taman ria lebih kurang jam 10.30 pagi..dengar kata dia masa tuh tengah kalut kalut untuk attend VIVA subjek ENT untuk last sem..dia koma dan terlantar di hospital dekat dekat sini..kawan kawan tak putus putus doa akan kesembuhan beliau...post di facebook dengan harapan semua mendoakan dia kembali pulih dengan sesegera mungkin walaupun doktor cakap harapan dia untuk terus bertahan cuma tinggal 50-50..tapi doa dan sokongan dari pelbagai pihak tak jemu jemu di berikan semoga beliau tabah dan terus kuat...

26 MAC 2013,SELASA
dapat pulak berita gembira yang mangsa kemalangan tempoh hari mula memberi respons yang baik..jari jari mula di gerakkan,,otak mula memberi feedback...lepas azan maghrib saat sorang kawan aku nak balik rumah dia,,dia telefon,,depan jalan ada orang ramai...nampak macam ada kemalangan..dan dia berselisih dengan van ambulance..tak berapa minit orang mula bertweet,,update status yang ada kemalangan berhampiran dengan tempat mangsa yang beberapa hari sebelum nie excident koma..kemalangan yang melibatkan moto dan sebijik kereta..juga mangsanya adalah student UiTM..tapi Allah lebih sayangkan beliau dan nyawanya di ambil hari tuh jugak..dengar kata arwah baru pulang dari kampung halaman sebelum persiapan untuk peperiksaan akhir  di mulakan...sesungguhnya "Malang Itu Tidak Berbau.."

27 MAC 2013,RABU
sebelum aku bersiap untuk pergi berjuang,,menghadap paper pertama untuk semester nie,,dapat lagi berita sedih yang sahabat kita yang tengah koma,,yang mula berikan respons yang baik telah tinggalkan kita selamanya..segala jenis perasaan terserbu saat tuh..tapi di gagahkan diri untuk melupakan sekejap untuk perjuangan pertama aku...yang pergi tetap pergi,,yang hidup perlu teruskan hidup walau apa pun yang jadi..

masa aku dalam perjalanan balik dari selesai jawab paper petang tadi aku selisih dengan van jenazah yang di bawa ke masjid UiTM untuk di sembahnyangkan...sebelum arwah di kebumikan kat kampung halaman dia..kemudian,,aku nak p makan,,aku masuk dan lalu depan masjid,,hujan renyai renyai mengiringi solat jenazah arwah..sungguh,,hujan tuh datang cuma sekejap...nampak betapa alam juga turut meratapi pemergian arwah...masa arwah di kebumikan jugak,,ramai yang datang berkunjung...nampak betapa arwah di senangi ramai...

walaupun aku tak kenal arwah secara rapat,,rasa sebak dan sedih tuh tiba tiba datang...sama macam arwah yasmin si blogger yang juga terlibat dalam kemalangan satui tika dulu..walaupun tak ramai yang mengenali mereka secara rapat,,tapi pemergian mereka di dunia nie,,di rasai ramai pihak...

jadi,,kita yang masih di beri nyawa untuk terus menikmati segala nikmat dan kemewahan yang dah Allah kurniakan kat kita,,janganla kita sia sia kan..kerana hidup itu cuma SEKALI..manfaatkan masa kita di dunia untuk kita peroleh keberkatan di AKHIRAT kelak..

sekalung fatihah mohon di sedekahkan kepada sahabat handai,,ibu bapa,,datuk nenek,,ahli keluarga yang telah pun kembali mengadap Illahi...

"HARI INI KITA DI TINGGALKAN,,MUNGKIN ESOK KITA PULA MENINGGALKAN.."




-SEKIAN-

#ini entry serius

Sunday, March 24, 2013

cerita aku : berniaga

ASSALAMUALAIKUM

hari nie aku bekerja dalam hujan...Tuhan sajalah yang paham perasaan aku,,mak,,ngan dua orang lagi pekerja ayah aku : kak siti ngan mbak yu..semua perempuan jaga..abah entah ke mana dah dia pi..dengan hujan lebat memang payah laa dia nak mai sebab dia naik moto..nak tak nak kami jugak lah yang berperah keringat meniaga..lepas hujan dah berenti baru abah datang..dah laa hujan sekali ngan angin..dugaan lah kan..


*********

aku nie memang dah di besarkan dalam dunia perniagaan...mungkin di sebabkan tuh aku memang minat dengan dunia perniagaan nie...nabi Muhammad S.A.W pown pernah bersabda,,9/10 rezeki kita datang dari perniagaan..*kalau tak silap aku lah...

masa aku kecik,,ayah aku cakap,,aku selalu buat perangai masa dia tengah meniaga..nak terkecinglah,,nak berak lah...alah..masa tuh budak budak,,memang merengek lah..kecik kecik...HAHA..ayah aku dulu seorang tentera udara...so,,maybe sebagai side income dy,,dy buat perniagaan kecil kecilan...meniaga dekat pasar malam...mana lah nak cukup,,nak tampung makan anak bini lagi,,ngan mak dia lagi..so nak tak nak,,mesti kena meniaga la...

seingat aku lah,,aku pernah ikut ayah aku,,(masa tuh dia masih anggota TUDM) pi dia punya tempat kerja...dy macam ada share ngan kantin kat sana..so,,bila mak nab tuh tak bleh nak kerja,,or tak cukup pekerja,,ayah aku laa akan pi tolong dia kat kantin tuh..pepagi lagi dia bawak aku g tempat dia kerja,,tunggu staff staff datang kantin tok breakfast bagai...and that time,,mak aku meniaga nasik lemak waktu pagi...

di sebabkan abang ngan kakak aku pi sekolah waktu pagi,,abah pi kerja pagi,,nak tak nak,,mak TERPAKSA bawak aku ngan adik perempuan aku,(si IPAH) meniaga sekali..bayangkanlah masa tuh aku tak sekolah lagi...bangun pagi,,kadang kadang mandi,,kadang kadang tak,,g laa teman mak meniaga..nak tinggai kat rumah masa tuh tak harap lagi sebab kami semua kecik kecik lagi...tak da sapa yang boleh nak nengokkan....masa tuh mak bawak barang barang dia niaga,,nasik dalam termos nasik yang besar tuh,,dia punya sambal sambal,,kacang,,timun,,telur semua dalam satu bakul..so,,macam mana keadaan sekali pun,,mak terpaksa buat dua trip..yerla,,macam mana nak bawak semua sekaligus menggunakan basikal buruk yang dah nak reput tuh..masa tuh pakai basikal mini yang pelantar belakang basikal tuh yang besar punya,,yang apek apek selalu letak paper atau kotak yang diorang kutip...naik basikal tuh laa...

first dia bawak termos nasik dengan aku dulu..aku duduk depan tempat si pengayuh..mak??memang dia tak kayuh basikal la,,dy just tolak..kalau tak jenuh terbalik lah...turn ke dua,,mak akan amik bakul ngan ipah..kami yang tak taw papa nie,,just follow..bila teringat balik,,Allah tuh punya nak tolong mak,,dia jaga kami,,kami tak merengek,,senang bangun..tak banyak kerenah,,even waktu tuh budak budak sebaya aku ngan ipah tengah nyenyak tidur di ulit mimpi...tapi tak untuk aku dan ipah...masa tuh,,adik lelaki aku si momad noor tuh tak keluar lagi...begitulah untuk tahun yang berikutnya...

lepas kakak ngan abang duduk asrama,,kekadang pagi mak dah lewat,,dia dah kejutkan aku untuk tolong dia angkat barang barang...lepas jaa basikal kesayangan mak rosak,,dia bawak barang barang dengan nasik pakai kereta sorong...kalau kata mak lambat sangat,,dia suruh aku tolak dulu,,sementara dia semayang...bila dia dah habes semayang,,dia pulak tolak barang barang yang aku tak tolak lagi...and last si ipah akan duduk dalam kereta sorong tuh...dengan bernyamuk tidurlah si ipah nie bawah tempat mak meniaga tuh..kan macam gerai burger tuh,,bawak tuh bleh simpan barangkan,,kat situ lah ipah ngan aku tidur beralaskan paper...

cukuplah tuh..sedih pulak bila teringat cerita lama...bila dah besar sikit,,dah sekolah darjah 4 cam tu,,abah pulak bukak kedai makan..so,,kat situ aku dah terdedah dengan ragam manusia yang pelbagai..customer yang macam macam pe'el nya..kena yang elok elok laa,,yang tak,,just sabar,,paling tak pown just maki kat belakang ja laa...seawal usia aku tuh,,aku belajar amik order,,belajar serve makanan,,kemas meja,,basuh pinggan bancuh air...

sampai aku darjah 6,,rutin aku still macam tuh..bila ada kelas tambahan,,kayuh laa basikal,,g sekolah,,kelas tambahan..bila dah habes,,terus tolong abah kat kedai...bila dah darjah 6,,aku dah mula kira jumlah makanan  customer...then lama lama aku cekaplah..bila ada customer,,semua buzy ngan hal masing masing,,tak da,,yang amik order,,aku lah yang akan bangun amik order,,then inform order baru sambung buat kerja balik...

lepas UPSR,,then aku dapat masuk asrama,,aku dan dunia perniagaan masih belum dapat dipisahkan..maybe "I'm born to be a businesswoman.."sapa tawu yer dak...bila dah duduk hostel,,just weekend yang cuti ja laa yang dapat tolong abah kat kedai and time cuti sekolah...aku ingat lagi,,hari jumaat aku akan balik dari hostel naik bus..turun bus plak memang betul betul depan kedai abah..sebabnya kedai abah nie memang betul betul tepi jalan...so,,turun turun bus ja mesti abah akan nampak muka kau dulu laa...

so tugas aku kat kedai tuh bukan makin berkurang tapi bertambah tambah...kekadang aku bila balik dari asrama ja,,terus g tolong abah..kekadang dengan baju asramanya tak bersalin...terus g buat kerja...sampai lah aku habes SPM..lepas jaa aku habes SPM abah memang tak bagi laa aku kerja tempat lain...dia suruh aku tolong dia kat kedai nuh...aku laa yang amik position "Si Tukang Bancuh Air..."aku laa amik order,,aku laa bancuh air,,aku laa nak kira bil,,aku laa nak kemaskan meja yang dah customer habes makan...semuanya aku lah..memang tak menang tanganlah kan...ramai orang tanya abah,,aku nie sapa??aku tanya abah balik,,napa tanya macam tuh..depa kata aku cekap buat kerja..!!HAHA *terbangga aku ! 

mana nya tak cekap,,kalau dari darjah 4 aku kat kedai tuh...and sekarang aku dah nak habes study pown..aku masih setia ngan kedai pak aku tuh..kalau balik dari perlis mesti tolong dia dulu lah kat kedai tuh baru balik rumah...

aku pown ada impian sendiri,,aku ingat nak bukak kedai makan sendiri..aku suka masak,,aku suka layan orang...aku suka meniaga sebab aku bleh kenal ramai orang,,aku boleh taw macam macam ragam manusia..

akhir kata dari aku,,doakan aku..!!!tapi aku nak jadi POLIS...!!

nie makanan yang pak aku jual


nie air untuk bapak aku!


teh tarik oney~~!!

-SEKIAN-


Monday, March 18, 2013

RUMAH SEWA

ASSALAMUALAIKUM

di hari minggu yang membosankan,,di gagahkan diri ini,,memaksakan diri ini,,merajinkan jari jari untuk membuat entry baru selepas entry yang dah lemau aku update semalam..HAHA..al maklumlah...test dengan quiz suma dah selesai...so,,hari minggu rasa macam hari untuk berlari lari bersama teman teman,,rasa macam nak bergelak tawa bersama,,bak kata BLACK dan RJ : "ketawa bersama...menangis bersama..-Teman Pengganti.." ehhh dah kenapa tetiba plakkan..okay abaikan..!!

******

dah kenapa tetiba aku nak update sal rumah sewa nie haa..nak kata rumah sewa aku cantik dan antik...sudah semestinya tidak...nak kata rumah sewa aku nie tertarik menarik kau memang da bomb memang jauh sekali...sebab nya...sebabnya tuan tuan dan puan puan,,kerana rumah sewa saya ini hanyalah rumah sewa untuk pelajar pelajar...bila dah rumah sewa untuk student macam kami nie memang memang konfirmlah tak dak hemenda sangat pown...

tambah,,tolak,,bahagi,,darab,,pecahan,,perpuluhan,,peratusan,,square root,,intergration bagai tumah yang aku sedang diami sekarang nie rumah sewa aku yang ke dua setelah aku meninggalkan kolej dan rumah sewa yang pertama..saja laa nak bercerita perjalanan hidup aku bersama rumah sewa...HAHA..nampak betapa rumah sewa ini sebahagian yang penting dalam hidup aku...

mana tak nya penting..tak dak rumah sewa kalu,,mau merempat aku depan gate B uitm ARAU tuh ha...nak buat macam mana hidup di rantauan nie kan..jauh dari mak ayah...*entry semalam pown sebut mak ngan abah...nampak tak betapa kerinduanya nyer pun aduiii di situ...

actually aku ada dapat satu mesej dari owner rumah yang berbunyi begini

"minta kerjasama untuk tidak membenarkan sesiapa yang tidak membayar sewa tinggal di dalam rumah sewa kepunyaan saya.."

haa lebih kurang macam tuh laa mesej dia...so mesej tersurat yang dia nak sampaikan lebih kurang macam nie

"saya tak mau hempa bawak masuk kawan kawan hat tak sewa,,tinggai dalam rumah tu..sebab rumah tu rumah saya..tolong paham na..."

haaa,,see again..nampak tak betapa kereknya tuan rumah aku nie wey...*memang aku nak kutuk dia pown dalam entry nie...annoying tahap cipan belajar main paintball kowt...dan aku tak paham kenapa ada tuan rumah spesies nie...mungkin dia rasa terbeban sebab nak kena masak lebih...mungkin dia rasa beras 10 kila tak cukup sebulan,,mungkin dia rasa bil air dan bil elektrik melambung disebabkan penambahan ahli baru dalam rumah tuh tanpa bayaran...

kemonlah...kami yg bayar duit sewa,,bil air bil elektrik,,makan pown sendiri sendiri,,sikit pown tak usik duit owner rumah..tidur berhimpit pown atas kerelaan sendiri,,tak mintak owner sediakan katil berbantal dan bercadar package dengan selimut pown..so,,what the problem mak cik..???pelik saya ngan makcik nie tawu..??

aku rasa tak dak masalah kalau nak bawak kawan tinggal sekali untuk sehari dua...pahamlah..kami nie student,,nak study sekali,,nak buat assignment sekali,,nak buat projek paper sekali...so,,we need to spend time together...lainlah kalau aku bawak jantan masuk dalam rumah tuh kan...nak kata tak open minded sembang ngan kami belajar sampai ke peringkat master...kemon lah..di mana mentaliti seorang master anda letak...fikirlah secara rasional dan profesional...

aku cukup tak setuju ngan tuan rumah aku nie..cuba dia bayangkan,,dalam rumah tuh ada yang degree student ngan diploma student..once student degree cuti,,aku tinggal sensorang,,mestilah aku kena bawak membe dok rumah tuh sebagai teman..kalau jadi papa mudah..pernah ntah dia terfikir pasal nie..??master saja,,pemikiran macam budak sekolah rendah...haa kan dah kena ngan aku..maaflah aku terEmo,,tapi memang aku nak emo pown...

kami student student yang sewa nie sama jalah macam family yang menyewa..kalau kata ada adik beradik yang datang rumah,,mesti laa diorang nak tinggal 2 3 hari kat rumah kita kan sebelum depa balik...sama jugaklah ngan kami kami nie..jadi apa bezanya kami dengan penyewa yang berkeluarga...

so kepada owner owner rumah sewa yang TERBACA secara tak sengaja entryaku nie,,aku harap laa dia jawab pesal tak bagi orang lain tinggal dalam rumah sewa yang di sewakan...we are same...cuba letak diri kita di tempat orang lain...

gambar sekadar hiasan


-SEKIAN-

#ini entry ketidakpuasan HATI

Saturday, March 16, 2013

AKU DI DIDIK BEGINI

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulillah dah selesai semua test ngan kuiz untuk sem nie...just tinggal lagi satu test untuk subjek Transportation isnin nie...tapi still ada assignment yang tak siap lagi...assignment International Business,assignment Entrepreneur,presentation Operating Management..ngan viva Entrepeneur...serabut kepala hotak...then sibuk sibuk ngan study sebab dah nak final exam...why the time running too fast...pejam celik pejam celik umur dah masuk 21 pown...sabar jerlah...


******

mengikut perkiraan aku dah dekat sebulan laa aku tak balik kampung halaman nuh...nak buat macam mana sibuk nya hanya Allah jaa yang taw..bukan tak rasa nak balik..tapi keadaan tak mengizinkan..rindu tuh tak pernah berkurang kat mak,,abah,,adik adik,,kakak,,abang semua...rindu nak gather sesama lagi...tapi apakan daya...sabar dan tunggu cuti ja lah kan...

bila duduk di rantauan orang,,jauh dari family mula lah nak rindu ngan KENANGAN SEMALAM...i means,,kenangan masa kecik kecik dulu..zaman kanak kanak yang tak pernah nak pikir masalah sangat pown sebenarnya..dan kalau di beri peluang ke dua aku nak jadi budak sekolah balik..sebab bila usia makin meningkat nie,,masalah masha Allah jangan laa di tanya..tak menang tangan nak handle semua nie..yang mana sempat selesai akan di selesaikan dulu..yang mana tak sempat bawak bawak bersabar nanti nanti ada masa pikiaq lain...

saja laa di ruangan nie aku nak kongsi ngan hempa cerita zaman kenakalan aku...nakal masa kecik ngan nakal masa besar tuh sangatlah berbeza kalau hempa nak taw...tak percaya..??itulah hakikat yang perlu hampa sendiri terima...

1. SEBELUM TIDUR
dah jadi tabiat aku ngan adik beradik aku yang lain...sebelum tidur kena basuh kaki...lepas jaa basuh kaki,,p salam mak ngan abah yang tengah berdua dua-an tengok TV kat depan..kononnya romantiklah tue..~~~bukan saja salam...dah salam mesti kena cium pipi cium dahi baru,,then depa cium balik baru naik atas tidur...masa aku kecik dulu aku tidur ngan adik aku satu bilik..bilik atas...bila dah naik atas,,pakai selimut baca doa,,jerit dari dalam bilik 

"mak fatin tidur dulu assalamualaikum..selamat malam."

then giliran abah pulak..

"abah fatin tidur dulu assalamualaikum...selamat malam"

bila mak ngan abah dah jawab

"waalaikumussalam...selamat malam jugak.."

baru lah kami pejam mata then tidur...family aku tak macam family orang lain...yang sebelum nak tidur kena baca buku cerita,,parents masuk bilik selimutkan,,tolong tutup lampu bagai...parents aku mudah,,dia tak manjakan kami lebih lebih...cukup untuk kami rasa kasih sayang depa..yang pasti sebelum depa masuk tidur,,depa akan masuk bilik kalau tengok kami tak berselimut depa akan selimutkan..ohh rindunya saat tuh...

2. SEBELUM MAKAN
dalam family aku nie dah di ajar,,atau dah biasakan untuk makan sekali..maksudnya makan berjemaah..makan bersama sama..sebab tuh alhamdulillah aku tak pernah rasa kekurangan dalam hidup aku...walaupun aku lahir bukanlah dari keluarga yang berada...yang nak apa boleh dapat,,mintak itu,,dapat mintak ini dapat..nope! aku bukan dari keluarga macam tuh...betullah apa orang cakap "BIAR MISKIN HARTA TAPI KAYA KASIH SAYANG.." sebab kasih sayang tak dapat kita beli ngan duit...

so,,sebelum makan,,kami adik beradik yang perempuan nie akan tolong mak untuk hidang kat depan,,kat ruang tamu...hampar "sapra" (macam kain alas meja) then letak lauk pauk...bila mak dah settle letak nasik dalam pinggan semua then get ready untuk amik baca doa..tak dak sapa pown yang boleh amik lauk dulu...nampak tak sopan,,nampak agak kurang ajar...selesai jaa abang baca doa makan,,baru semua makan..ambil lauk pown kena sorang sorang..tak boleh nak bersilang tangan...masa tuh laaa kami belajar macam mana nak bersabar dan saling menghormati..

then kalaulah kata tetiba nak terkentut,,kalaaaauuu...HAHA..senonoh pulak ayat aku kan..kena bangun dari tempat duduk then pegi jauh jauh baru boleh kentut...jangan laa berani berani nak kentut masa duduk kat tempat makan...tuh cara kita menghormati dan beradab depan orang...see how beautiful my life...

lepas makan pinggan mesti kena angkat pie ke sinki then basuh...pinggan masing masing,,masing masing basuh kecuali pinggan abah...then kalau kata ada lagi pinggan mangkuk kat dalam sinki tuh,,adik beradik yang paling besar tak pun yang paling tua kena basuh...hehe..selalunya kakak aku laa...sebab dia laa anak perempuan paling tua...HAHA..family aku tak da bibik yang nak tolong hidangkan,,yang nak tolong basuhkan pinggan yang nak kemaskan tempat makan lepas makan..so,,kami lah yang amik tugas semua tuh..dan sekarang nak buat kerja dapur kami dah tak kekok..

3. SEBELUM KE SEKOLAH
mak aku nie dari zaman aku kecik kecik lagi memang dia dah start meniaga...just kecil kecilan..dia meniaga nasik lemak ja kat tepi jalan...tapi orang cakap bila benda yang kita buat,,ikhlas kerana Allah untuk anak anak,,in shaa Allah Allah akan permudah...dan alhamdulillah dia punya perniagaan masih bertahan dari abang aku sekolah sampai laa sekarang nie dah nak beranak pinak...

so,,time sebelum p sekolah tuh memang time kemuncak laa...means,,time orang tengah ramai...dah jadi kebiasaan dalam family aku,,sebelum p sekolah WAJIB salam abah ngan mak...so,,kena pandai pandai laa curi masa...salam ngan mak,,cium tangan cium pipi,,dahi then mak akan cakap "belajar rajin rajin..jangan main main kat sekolah..."

tuh doa yang tak pernah putus dari mulut seorang ibu...sungguh aku rindukan saat tuh..mak pernah cerita,,dalam banyak banyak adik beradik,,adik perempuan bawah aku tuh la,,selagi dia tak dapat salam mak,,selagi tuh dia tak mau p sekolah..sanggup masam muka ngan mak,,kalau mak tak luang sikit jaa masa untuk cium,,sambut salam dia and cakap benda yang sama...sesungguhnya DOA ibu itu selalu di makbulkan oleh Allah...

sesungguhnya aku di lahirkan dalam keluarga yang penuh kesederhanaan nie...walaupun susah nak dapat baju baru,,kasut baru...walaupun susah nak makan sedap sedap,,walaupun aku terpaksa susah,,walaupun perjalanan hidup aku masa kecik berbeza dengan budak budak lain yang sebaya ngan aku,,aku bersyukur dengan apa yang aku miliki saat tuh...
aku tak pernah rasa kekurangan kasih sayang dari seorang ibu mahupun seorang ayah...belaian mereka,,ciuman kasih mereka,,nasihat mereka itu yang selalu aku dambakan..tak semua orang mampu miliki apa yang aku ada saat itu di sebabkan kerjaya parents masing masing..apa yang aku belajar dulu,,buatkan aku lebih pandai untuk menilai kehidupan hari ini...


nota kaki : i damnly miss my FAMILY..!!

spot where is me..??


i also MISS and LOVE her damn much!!