BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
here i'm come...coklat manis try to give the best...follow me if u want...tenkiu...i really appreciated it..=)

here i come

how much u view..??!

Tuesday, March 12, 2013

Bukan Ku Tak Sudi

BUKAN KU TAK SUDI

Ku anggapkan semalam,,
Satu kenangan yang suram,,
Bila cinta kita,,Putus di jalan..

Ku harapkan impian,,
Menjadi kenyataan,,
Namun aku..kecewa...

Mudahnya waktu melafazkan janji,,
Engkau dan aku berdua serupa,,
Rupanya mentah dalam mainan,,percintaan..
Telah pun ku bentangkan segalanya,,
Mencari entah di mana silapnya,,
Jelas asmara kecundang jua...

Bukan ku TAK SUDI kasih,,
Untuk bersamamu bercinta lagi,,
Kerna antara kita...
Tidak sehaluan lagi...

MAAF kan diriku sayang,,
MENOLAK cintamu di kali ini,,
Walaupun ku tahu,,
Bersungguh benar HASRAT hatimu..


******

kadang kadang aku rasa apa yang aku alami dalam life aku sekarang nie macam cerita dalam novel...aku pegang watak utama...yang mana macam macam terjadi sepanjang kronologi sebuah novel...tapi kebanyakkan novel kita dah tahu,,at last ending mesti HAPPY...heroin dengan hero hidup bahgia..hero pown yang hensem hensem..yang parents ada syarikat besar...tapi hakikatnya sejauh mana,,seramai mana ada cerita sebegini..yang ending dia sebaik itu..??macam tuh jugak life aku..aku tak tawu ngan ending kehidupan aku..klimaks dia...especially dalam hubungan antara dua hati...pengakhiran dia sudah semestinya bila kita menuju ke gerbang perkahwinan..

cuma yang membezakan antara cerita kita dengan cerita orang lain,,adakah jodoh kita dengan pasangan yang kita cinta setengah mati..adakah jodoh kita dengan musuh yang selalu kita bertekak setengah maut..adakah jodoh kita dengan orang yang kita kenal..ataupun dengan orang yang tak pernah kita jangkakan pun...tapi kebanyakannya jodoh atas dasar CINTA sama cinta..kahwin paksa,,kahwin atas pilihan ibu bapa,,kahwin atas urusan perniagaan keluarga dan atas sebab sebab lain juga ada,,cuma nisbahnya kurang dari kahwin atas dasar cinta sama cinta...

kemudian terdetik di hati,,sejauh mana perkahwinan itu dapat kita pertahankan...sejauh mana..ambil masa dan ruang,,buka minda tanya pada diri sendiri...sejauh mana ikatan yang suci itu dapat kita pertahankan..kahwin atas dasar cinta sama cinta bukan satu platform yang kukuh untuk kita kata,,perkahwinan itu mampu kita pertahankan seumur hidup...kita juga sedar banyak rumah tangga yang musnah walaupun ianya di bina atas dasar cinta sama cinta...itu semua "tepuk dada tanya IMAN kita.."

aku tidak pandai untuk bermadah..tidak jugak pandai untuk berpuitis..cuma apa yang aku ucapkan,,tintakan ikhlas jauh di sudut hati kecil aku..cuma mahu berkongsi cerita,,berkongsi rasa agar ia membawa manfaat untuk kita semua...siapa sangka...


aku punya teman...mudah dengan panggilan kekasih suatu ketika dulu...kalau di ikutkan pengiraan hampir 4 tahun aku kenal dia...4 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat..aku kenal dia cuma melalui laman sosial...tak pernah terdetik di hati aku untuk lebih rapat dengan dia...tapi Allah tuh maha kuasa...di beri rasa kasih dan sayang...antara kami...dan banyak benda yang dah kami lalui bersama..pahit,,manis,,suka,,duka dan bermacam lagi perasaan...siapa dia tak perlu aku nyatakan lagi..sebabnya aku selalu bercerita tentang dia di entry entry yang lama...

aku tahu dia sayangkan aku..cintakan aku..serius untuk memiliki hatiku...tapi maafkan aku sebab aku tak mampu untuk mencintai dia...aku tak suka dengan perkara yang berbentuk KETERPAKSAAN..aku tak suka memaksa diri aku untuk membenci sesiapa,,menyayangi sesiapa,,mencintai sesiapa...sebabnya perkara yang kita lakukan secara "paksa" ini selalunya bukan ikhlas lahir dari hati..bila kita tak ikhlas,,hubungan tuh tidak berjalan seperti yang kita hendak...

aku jugak bukan sesiapa untuk menghalang perasaan sesiapa ke atas aku..dia berhak menyayangi aku,,mencintai aku,,mengasihi aku,,bersimpati ke atas aku...tapi maafkan aku andai perasaan itu tak mampu aku balas..kalau aku terus memaksa diri untuk menerima apa yang hati aku tak terima,,aku cuma berbohong pada kau juga pada diri sendiri..dan aku cuba menyenangkan hati kau dalam penipuan yang aku sendiri cipta...itu andai aku memaksa membalas semua perasaan orang kepada aku...hakikat yang sukar untuk sesiapa pun terima...

apa yang aku mampu katakan,,aku cuma redha dengan apa yang dah Allah az zawajalla aturkan untuk aku..aku yakin segala perasaan yang aku rasa selami ini adalah atas kehendakNya...aku tak terima kau bukan kerana kau tak cukup usaha,,bukan kau tak baik dengan aku,,bukan kau tak ada apa,,juga BUKAN KU TAK SUDI...ini semua soal hati dan perasaan.yang mana subjektif penilaiannya..apa yang dah kau korbankan untuk aku sudah cukup banyak dan lebih dari cukup..tapi maafkan aku aku tak mampu membalas perasaanmu...

yakinlah Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..apa yang terbaik untuk kau juga untuk aku..berulang kali juga sering kali aku tekankan pada kau "sejauh mana,,atau selama mana hubungan kita dengan sesorang tidak menjamin dia adalah milik kita yang abadi...

"boleh jadi apa yang kita suka,,yang kita cinta tidak baik di sisi Allah tapi baik disisi kita,,juga boleh jadi yang kita tidak suka,,yang kita tidak cinta adalah yang terbaik disisi Allah tapi tidak disisi kita..."

aku tak pernah minta hubungan ini terputus terus...sebab aku masih memerlukan seorang sahabat...seorang kawan...harapan aku cuma satu,engkau masih sudi menjadi kawan aku dunia dan akhirat...kawan yang bebas berkongsi rasa,,berkongsi idea,,berkongsi cerita,,berkongsi segala galanya walaupun ianya berkaitan dengan orang yang kita sayang...malangnya apa yang aku rasa sama sekali tidak sama dengan apa yang kau rasa..bila aku kata,,kau tidak di tempat aku,,jadi kau tidak tahu apa yang aku alami,,begitu jugak aku..aku tidak berada di tempat kau,,jadi aku tak mengerti apa yang sedang kau hadapi..

bukan ku tak sudi,,cuma aku berserah di tangan tuhan untuk mengatur apa yang terbaik buat kita..andai jodoh aku dengan orang lain,,aku redha,,aku terima dengan hati yang terbuka..andai jodoh aku dengan kau aku masih bersyukur kerana aku tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..senjata utama adalah DOA..berdoalah bermohon dengan tuhan supaya di jodohkan kita dengan hambanya yang terbaik..

in shaa Allah..

semoga kebahagiaan milik kita bersama..bukan ku tak sudi...




#ini entri serius =X

0 rAhsiA: