BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
here i'm come...coklat manis try to give the best...follow me if u want...tenkiu...i really appreciated it..=)

here i come

how much u view..??!

Tuesday, July 16, 2013

barakah RAMADAN : ROH yang KEMBALI

ASSALAMUALAIKUM

kebetulan aku habes kelas awal hari nie,,dan gap untuk kelas yang seterusnya agak panjang,,dannn tangan tengah gatal gatal nak pegang keyboard lappy nie,,so aku amik peluang yang ada,,di dalam kesunyian untuk berblogging..*hosmate aku suma dah balik kampung..tinggai aku sensorang dalam bilik gelap nie...actually apa yang aku nak tulis nie,,bukan lah idea tulus suci murni dari kepala aku...aku terbaca dan tertarik dengan status kat facebook nie..then aku amik dan olah untuk aku kongsikan bersama sama korang..krikk krrikkk...*bunyi cengkerik..(korang??sapa pulak...macam ada sangat orang nak baca blog aku kan..) =..="

*******

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADAN

Apabila tiba bulan Ramadan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah SWT untuk kembali ke bumi.. Ada roh yang DIBENARKAN pulang ke bumi dan ada yang TIDAK dibenarkan.. Roh yang di benarkan pulang adalah kerana AMALAN BAIK mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin penjamin yang MENDOAKAN mereka.. Manakala roh roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka,akan terus di penjara di Luh Mahfuz..

Apabila roh dibenarkna pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.
kemudian mereka akan pergi ke rumah anak anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang MENDOAKAN mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk BEKALAN mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya 1 Syawal - Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan "Selamat Tinggal" kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang di berikan oleh mereka mereka yang MASIH HIDUP..

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan(dosa) semasa hayatnya BOLEH dibantu dengan DOA doa ORANG yang MASIH HIDUP.. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang orang yang masih hidup..

Oleh itu,wahai sahabatku,jangan biarkan orang orang yang kita SAYANG, yang telah mengadap Allah terlebih dahulu daripada kita SEPI tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara :

1. DOA anak anak yang SOLEH
2. ILMU yang bermanfaat
3. SEDEKAH amal jariah..
-copy-


*******

jadi kesimpulannya,,kita yang masih Allah pinjamkan nyawa,,yang masih mampu merasai nikmat dunia,,yang masih mampu menggerakkan anggota,,jangan lupa,,jangan alpa,,jangan mudah ternoda dengan duniawi...bantulah sahabat sahabat kita,,guru guru,,saudara mara,,ibu ayah,,suami isteri,,anak anak yang telah dulu di jemput Illahi..kita mampu mengubahnya..*ayat macam pilihan raya...aku tak mau terlalu serius dalam entry nie..cuma berkongsi cerita dan idea...

aku nak update entry ramadan pown tergendala...idea terbang melayang bersama masalah yang tak putus putus..bukan nak merungut,,cuma jelaskan keadaan..bersyukurlah dengan apa yang dah Allah aturkan untuk kita walaupun sakit yang kita dapat,,derita yang kita rasa,,pahit yang kita telan kerana di situ terbukti yang Allah masih memerhatikan kita...masih rindukan rintihan kita,,masih menyayangi kita...

berdoalah,,kerana itu saja satu satu BEKALAN yang kita mampu beri untuk insan insan yang kita sayang..apa pun,,LIFE MUST GO ON...dan di kesempatan nie aku nak ucapakn SALAM RAMADAN even dah seminggu pown berlalu sebab aku tak sempat nak update entry pasal ramadan taun nie..andai entry nie ada yang mengguris hati sesiapa,,maafkan aku..aku cuma manusia biasa yang tak lari dari kesilapan...





Tuesday, July 2, 2013

pergi tidak kembali tiada berganti

ASSALAMUALAIKUM

sekarang aku dalam mode silent and alone..terpanggil untuk aku berkongsi cerita walaupun dia bukanlah teman rapat cuma insan naif yang aku kenal secara kebetulan..

******
"Allah does not burden a soul with more than it can bear"
(Al-baqarah : 286)

tak terjangkau dek akal bila hilangnya insan yang disayang,,insan tempat berkongsi suka dan duka,,insan tempat bermanja,,insan yang sewajarnya membawa kita ke jalan redha Allah..perginya tak kembali dan sudah pasti tidak terganti dengan siapa...dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali...cuma bezanya bila,,di mana,,bagaimana??

setiap yang bernyawa pasti akan mati..dan tak siapa pown akan terlepas dari merasai kematian...aku,,kau,,dia pasti akan pergi bila bila masa saja..mungkin sebentar lagi,,esok,,lusa,,bulan depan,,tahun depan,,mungkin 25 tahun lagi..mungkin..semua itu rahsia yang maha mencipta...

tidak pernah terlewat atau terawal  2 3 hari,,malah walau sedetik jua Si Malaikat Maut - IZRAIL dalam menjalankan tugas...cuma kita sudahkah kita bersedia untuk menghadap Illahi..apa cukup dengan apa yang kita pertaruhkan sepanjang kita dipinjamkan nyawa dari yang Esa...tepuk dada tanyalah IMAN kita...
NAUZUBILLAH..

sesungguhnya kita masih lagi menjadi hamba yang alpa dan lalai dalam menjadi pinjamanNya di dunia ni...cuma ingin berkongsi cerita,,sekadar turut bersimpati sebagai insan biasa yang punya hati...

terkejut dengan berita kehilangan seorang lagi hamba Allah kerana terlibat dalam satu kemalangan...orang yang di kenali secara tidak sengaja dalam masa yang tak terduga,,tanpa pernah bertegur sapa,,hanya melihat melalui mata..bukan lah sahabat yang setia,,bukan juga saudara terdekat cuma berkongsi atas nama saudara seIslam...berita dia kehilangan "SUAMI TERCINTA" turut meruntun hati sesiapa,,menggamit rasa sedih yang bertapak di hati...dia cuma insan biasa yang naif,,bergantung sepenuhnya kepada di suami,,tapi apakan daya Allah lebih sayangkan suaminya..

kuasa Allah siapa yang bisa menidakkan andai si pencipta sudah mengiyakan...si isteri di tinggalkan dalam keadaan yang tidak bersedia bersama buah hati sebagai teman pengganti tat kala hati tengah sunyi...lihatlah rencana Allah,,di ambilnya seorang kemudian digantikan dengan seorang..sebenarnya Allah sedang merindui rintih si isteri untuk berserah,,mengadu dan terus redha dengan apa yang telah tertulis dalam qada' qadarnya..

aku jugak pasti,,setiap mata yang melihat pasti turut di runtun hiba apatah lagi hati yang menanggungnya...setiap luahan yang kita hanya mampu lihat melalui post post dan status sudah cukup menggambarkan betapa dalam kasih seorang isteri kepada si suami dalam menyulam cinta yang hadirnya juga datang dari yang Maha Kuasa...

aku turut simpati dan sebak setiap kali luahan rasa rindu kepada yang telah kembali kepadaNya dicerita..apa yang mampu aku lakukan,,sentiasa berdoa supaya ditabahkan hatinya dalam menerima apa jua yang telah Allah rencanakan..pasti akan ada kebaikan di hujungnya...walaupun perlu di tempuh sejuta kesakitan jua sejuta kelukaan...sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...kita hanya merancang,,dan sedarlah Allah juga sudah merancang dan yakinlah perancangan Allah itu adalah yang TERBAIK...

cuma nasihat aku diberi...SABARLAH wahai si pemilik hati..ya bukan aku yang hilang insan tersayang,,bukan aku yang hadapi semua ini,,bukan aku di tempatmu,,dan percayalah ganjaran bagi orang yang bersabar itu BESAR NILAInya di mata yang Maha Esa...kembalilah kepada Tuhanmu...doakanlah suamimu kerana hanya itu sebagai bekalan dia di sana...belajarlah untuk memperbaiki diri supaya Allah turut menempatkan kita dalam golongan mujahid dan mujahidah suatu hari nanti...jangan sampai kita sendiri terlewat..dan saat itu,,sudah tidak ada apa yang mampu kita lakukan saat badan terkujur kaku menunggu hari seterusnya..

berdoalah,,dan terus berdoa mohon kita dan insan tersayang turut di ampunkan atas dosa kelmarin...setiap manusia tak lari dari melakukan kesalahan dan dosa...cuma satu jalan untuk kita,,dengan bertaubat,,dan yakinlah bahawa Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hamba hambanya..sesungguhnya Allah itu bersifat AR-RAHMAN AR-RAHIM - Maha Penyayang dan Maha Mengasihani...percayalah Allah merindui rintihan dan tangisanmu...janganlah lagi kau meratapi pemergiannya,,kerana Allah mahu engkau belajar untuk menjadi hamba yang lebih SABAR,,TABAH dan lebih REDHA...

setiap permulaan ada akhirnya,,setiap yang bernyawa tidak lari dari sebuah kematian...semoga kita sentiasa mendapat keampunan dan keredhaan Allah...setiap kali rindu menjengah pada insan yang telah kembali kepada Tuhannya,,jangan sekali kau tangisi,,apatah lagi ratapi kerana dia perlukan ketabahanmu juga DOA dari insan yang dapat membantunya di alam satu lagi...berdoalah dan terus berdoa kerana cuma itu yang mampu dia terima daripada kita...cuma itu bekalan yang dia mampu bawa...jadilah ISTERI yang terbaik di dunia juga in shaa Allah di akhirat sana...ISLAM itu MUDAH dan INDAH...

terimalah dengan hati yang terbuka dan redhalah...mungkin aku cuma bisa berbicara tapi sedarlah HAKIKAT itu kadangkala PAHIT untuk di telan...

-BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM-

"Ya Allah,,aku cuma hamba yang tidak punya apa apa..aku cuma insan yang kerdil..
tapi aku yakin engkau sentiasa bersamaku dan sentiasa mendengar keluh kesahku...
kau tabahkanlah hati wanita ini dalam menerima pahitnya kehidupan saat kau mengambil insan yang dia sayangi..namun aku yakin engkau punya alasan atas apa jua yang engkau kehendaki..
kau tanamkanlah sifat sabar,,tabah,,dan redha dalam dia menempuh apa jua yang bakal dia hadapi selepas ini tanpa seorang suami..
kau labuhkanlah cintanya terhadap suaminya kepada cintakanMu ya Allah...
berat mata yang melihatnya,,berat lagi dia untuk terima semua ini..kau tunjukkanlah dia jalan yang BENAR,,jalan yang LURUS ,,jalan yang engkau REDHAI...
janganlah kau pula mengambil dia saat dia masih belum bersedia..
Ya Allah,,kau cabutlah nyawa kami selepas kami selesai ibadah,,
setelah sempat taubat dan sempat syahadah..bukan semasa maksiat,,semasa dosa dan tika kami alpa..Sesunggunhnya,,hidup mati kami hanyalah kepadaMu.
Ya Allah kau ampunkanlah arwah suaminya,,kau tempatkanlah dia dalam kalangan orang orang yang beriman,,kau ringankanlah dia dari siksaan kubur..kau terimalah segala kebaikan dia di atas dunia ini dalam menempuh kehidupan di alam sana..jua kau perkenanlah doa kami ya Allah..Sesungguhnya kepada engkau kami meminta,,dan kepada engkau kami memohon pertolongan"

-AMIN-

semoga wanita ini lebih TABAH ya Allah !


notaKAKI : kadangkala Allah turunkan HUJAN dan digantikan 
pula dengan PELANGI yang INDAH..
semoga ada lagi KEBAIKAN untuk kami..

PILIHAN

ASSALAMUALAIKUM

bangun awal pagi mandi g kelas jalan kaki..wahh rasa sihat aku bila lakukan satu hal ini...dan after 1st kelas untuk hari nie,,dapat announcement pulak yang kelas petang nie CANCEL...madam dapat mc #SorEyes...macam mana bleh taw,,mesti laa budak kelas gtaw...takkan dia nak buat video "I Got MC 5 day-SORE EYES" then up masuk you tube...kahkahkahkah...*bapak ahhh bukan lawak pown nak gelak dekah dekah...ketuk pala seniri...

******

bila usia menginjak ke gadis 20 an nie,,apa yang selalu di fikirkan op cos laa pasal future...especially about married...gila kau,,sapa yang tamau kawen...sunnah kowt...HAHA...bila cakap pasal kawen rasa macam indah ja...ye laa,,dah tak kawen lagi..kang dah kawen taw la..bukan setiap masa nak indahnya kan...kemonlah...."Sedangkan Lidah Lagikan Tergigit,,Inikan Pula Rumah Tangga.."attuuddiiaaa keluaq dah falsafah aku..ehemm..*over ngat aih!

kalau tanya aku,,aku pown nak kawen...kau tak mau kawen..??hoh..RUGI...aku nak kawen sebab 1.NAK MASUK SYURGA - gila kau,,perempuanlah yang paling banyak masuk syurga u! tak kurang hebat yang jadi penghuni neraka..perempuan jugak yg ramai...ekekeke..tapi aku! nak SYURGA lah...jangan cakap tak taw syurga tuh apa..aku ketok kepala kang ngan tong gas...haa...mudah nak masuk syurga bila jadi isteri nie...

i. solat 5 waktu sehari semalam
ii. taat pada suami
iii. menjaga kemaluan

semoga wanita ini menjadi ISTERI yang TAAT,
ibu yang
SOLEHAH - SYURGA sebagai sandaran


hehehehe...tuh salah 3 nya cara mudah nak masuk syurga...dan sebab ke 2. LAHIRKAN PEJUANG ISLAM - maksud aku secara tersuratnya aku nak ramaikan anak cucu adam...ahahhaha *gatai kau nok!! tersiratnya aku nak anak anak aku jadi orang yang mampu perjuangkan AGAMA dia...even aku nie tak lah baguih sangat..tapi aku harap laa dapat anak anak yang boleh tolong aku masa kat kubur and tolong bawak aku ke syurga...anak tuh aset kowt..HAHA...angan angan tinggi oi..

wokeyyy ! wokeyyyy ! wonggeyh wonggeeyyhh ! *amik balik idea hat undetected tadi nie...baru sambung tulis balik nie...p melangut sat tadi..owke owke..masalah nya di entry yang masih belum jumpa jalan yang benar nie bukan aku nak cerita pasai "Isteri Isteri Solehah Membawa Ke Syurga.." bukan bukan..aku sebenarnya nak cerita pasai PILIHAN hati...cewahh...aku tak mention sesapa...setiap orang mesti laa ada kriteria kriteria pilihan nak buat suami/isteri..yer dak...xkan nak maen menikah jaa kan...kemonlah...zaman sekarang kita kena lebih bijak,,sebab rumah tangga yang kita bina nak sampai ke jannah..bukan setakat seminggu,,sebulan,,setahun tapi nak SELAMA LAMANYA...*attuudiaa hurup besaq oi..HAHA..setiap orang berhak untuk memilih..saya pilih mengundi..dah kenapa tetiba ne..HAHA..kalau aku,aku punya pilihan mesti laaa.....


1. AGAMA ISLAM
::::---> tak kisah laa bangsa apa pown...hindu ka,,melayu ka,,cina ka,,omputih ka yang pasti mestilah beragama ISLAM...Islam agamaku kowt...sebab Islam ja yang akan bawak aku ke SYURGA..hahah..kalo dapat omputih yg Islam,,hai jgn dok tanya bagaimana ropa anak anak aku esok nie...HAHA..*berangan tak habes habes...tapi Islam bukan sekadar hanya pada nama...maksud aku,,dia mesti taw solat,,taw posa,,taw baca quran,,taw halal haram...dan bukan saja TAHU,,tapi turut MELAKSANAKAN...
        hempa percaya dak orang yang melaksanakan aktiviti harian mengikut cara Islam mampu membina satu institusi kekeluargaan yang "sakinah mawaddah wa rahmah"...ayat BM tak bleh blah baqq hangg..HAHA..kalau tak percaya,,anda harus mempercayainya..*tengok kak ton..??comel tak kak ton..nah tetiba rindu kak ton...so,,bila dia Islam,,dekat dengan Islam,dia mencintai Allah mesti apa pown yang dia buat bakal membawa satu kebaikan bukan saja untuk dia malah untuk orang sekeliling dia..aku nak masuk syurga nie,,so mesti laa aku nak laki aku bimbing aku bawak ke syurga bersama..wahhh!!sweet sweet gitu baqq hang...

2. BERTANGGUNGJAWAB
::::---> bila jadi laki mesti laa taw TANGGUNGJAWAB sendiri..tak bermaksud perempuan tak perlu bertanggungjawab..masing masing kena taw tanggungjawab sendiri..tapi kat sini aku fokuskan kat si lelaki lelaki la,,yang kita sendiri taw,,depa nie lah khalifah atau pemimpin atas dunia nie...even bukan khalifah atau pemimpin untuk sebuah negara cukup laa untuk menjadi khalifah di masjid...kalau tak mampu untuk jadi khalifah dalam masjid negara pown,,cukuplah menjadi khalifah dalam masjid yg di bina sendiri.."masjid rumahtangga"..khalifah @ pemimpin apa yang tak taw tanggungjawab kan...ini tidak bagus..maksud aku dia kena laa taw tanggungjawab dia sebagai seorang anak kepada seorang ibu dan ayah,,sebagai seorang suami kepada si isteri,,juga sebagai seorang ayah kepada anak anak..
          sedarlah,,bila mana akad di lafazkan secara zahir dan batinnya isteri adalah HAK MUTLAK seorang suami..dan tanggungjawab yang si ayah pikul selama 20 tahun,,25 tahun,,32 tahun scara rasminya turun kepada si menantu..so,,dah nak bela anak orang nie,,buat laa elok elok..jangan sebelum dapat bukan main lagi,,bila dah dapat,,hampeh..!!jangan siksa si isteri sebab dia dah tak mampu lakukan apa apa even nak melawat ibu yang dah nazak tanpa izin dari suami si isteri tak boleh ziarah..nampak kuasa veto si suami..nampak tak..nampak tak..??dan perempuan pown harap bijak dalam memilih si suami..semoga kita dapat keluarga yang apa adik adik...??yang apa...??yang sakinah mawaddah wa rahmah..!!pandai...

3. PENYABAR
::::--->mendapatkan seorang yang punya tahap kesabaran yang tinggi nie bukan mudah...tapi kalau aku,,aku nak laa en.suami aku tuh SABAR nya level paling tinggi punya...sebab apa..??dalam melayan kerenah perempuan nie bukan senang...perempuan nie hati dia halus,,penuh ngan jiwa...sensitif dan mudah tersentuh..macam kaca yang halus,,tak dipegang elok,,jatuh berkecai,,bila di genggam terlalu kuat,,pecah di tangan sendiri...emosinya tak menentu...perempuan nie ada masa dia,,nak nak masa dia tengah datang bulan,,sakitnya,masa berpantang,,lepas bersalin...haa..bukan senang nak jaga perempuan nie..cakap salah sikit ja,,merajuk nahh kau,,berminggu minggu..terkuat suara sikit ja,,pecah empangan kilang air mata..kadang kadang sampai tak bleh nak celik bengkak teruk nanges punya angkara...
           so memiliki seorang lelaki yang tinggi sabarnya in shaa Allah rumah tangga akan harmoni dan berjalan dengan baik...in shaa Allah rumah tangga tuh akan utuh walaupun ada yang cuba nak jahanamkan...ciss..!!ada kowt jenis tak bleh tengok orang bahagia nie..so beware..kekadang kawan sendiri khianat ngan membe membe...aku harap sangat dapat laki yang penyabar untuk melentur aku jadi isteri yang taat ibu yang solehah..acecececcecece...bukan apa,,aku nie kepala batu,,ketegaq orang utaqa habaq..HAHA...

4. TERIMA SEADANYA
::::---> lumrah laa jadi manusia nie,,mesti nak yang perfect..sapa tak mau orang yang tampak sempurna pada mata sapa pown..gila kau..!!tapi dalam berpasangan nie,,biarlah si dia tu dapat terima kita seadanya...kalau betul betul sayang kan..tak kisah lah,,kalau dulu kurus cun melecun macam Rozita cik wan,,tapi sekarang cun tapi comel macam Enot pown masih boleh terima seadanya...yer dak...dulu segak sekarang bukan laa nak kata tak segak,,segak laa jugak,,cuma kurang laa peratusannya dari dulu...mula laa itu tak kena ini tak kena..then ungkit mengungkit...terima seadanya nie bukan secara fizikal semata mata...luar dalam dia kita kena terima seadanya...jugak,,boleh terima masa silam kita..."Lihatlah aku siapa aku pada HARI INI,,bukan siapa aku SEBELUM INI.." 
             paham ke idok??maksudnya,,fitrah menjadi manusia nie tak pernah lari dalam membuat kesalahan,,kesilapan dan tak lari dari buat dosa..so,,terimalah dia siapa dia hari nie..tak perlu nak ungkit ungkit masa silam dia..setiap orang berhak untuk mendapat peluang kedua..kalau peluang kedua tuh mampu buat dia jadi insan yang lebih baik...apa salahnya kita bagi dia peluang..tapi kalau penerimaan kita tuh tak membawa kita ke jalan yang lebih baik,,kita tak payah terima..sebab kita kejarkan SYURGA sekarang nie..*sungguh sungguh aku cakap pasai syurga entry kali nie..HAHA...mungkin ada yang lebih baik menanti kita kat depan sana...siapa tawu..kan..??

5. MENYENANGKAN HATI
::::---> setuju atau tak bila aku cakap,perempuan nie suka laki yang cool dan pak lawak...HAHA...maksudnya pandai buat lawak..boleh menghiburkan...even muka tak laa berapa nak handsome,,tapi kalau laki tuh mampu buat sorang perempuan tuh gelak tanpa cover cover,,gelak yang ikhlas bukan gelak yang di buat buat..yang pastinya...konfirm pempuan hat tak segak,,hat cun gila punya pown bleh cayaq  cair baqq hang..kalau tak lawak macam zizan ngan johan pown cukup lah yang mampu menyenangkan hati...sedia untuk sediakan telinga dengar masalah,,sediakan bahu untuk melepas tangis,,sediakan hati untuk berkongsi rasa dengan cara masing masing...
         perempuan paling tak suka laki yang serius doplohpatjamtujuhhariseminggu...dia rasa tak terhibur..hambar ja...bayangkanlah weyh,,masing masing sembang benda benda yang serius..kalau aku??apak boring baqq hang...tak pown perempuan jaa yang pulun nak bagi keadaan tak sunyi,,hat laki,,senyum gelak pown mau tak mau...sesungguhnya perempuan nie suka lelaki yang menyenangkan hati dan mampu menghiburkan...atuudiaa attudiiiaaaa....aku suka laki yang suka buat aku gelak,,sebab GELAK tuh hobi aku...kalau dalam rumah tangga pown,,masing masing muka nak serius ja,,gamak nanti bukan keluaq anak orang kuaq anak singa laa...so,,jadilah lelaki yang menyenangkan hati perempuan...macam tuh jugak perempuan..sekali lagi aku fokus kat laki sebab aku tengah mencari calon suami yang bleh bawak aku ke syurga..ha nampak nampak..??HAHA

6. MENGHORMATI
::::---> yang pasti bakal en.suami aku nie mestila taw apa tuh hormat,menghormati dan dihormati...bagi aku lelaki yang tak tahu menghormati nie dia BIADAP..nah amik hang kasaq kemain bahasa aku..jenuh laki reject...HAHA..bukan saja hormat MAK AYAH dia,,MAK AYAH aku,,AKU SENDIRI,,ADIK BERADIK aku,,KAWAN KAWAN aku,,tapi taw nak hormat orang lain sama...bukan buat lebih kurang ja...bila dia menghormati kita,,dia sendiri akan sedar apa yang wajar dia buat,,apa yang dia TAK PATUT buat...kalau muka macam ADI PUTRA sekali pun *ohh adi putra ku* tapi tak reti nak hormat orang,,go die lah...tak layak rasanya mai duduk atas bumi Allah nie...contohnya since kita kawan ngan dia,,bila dia hormat ngan kita,,dia akan jaga batas yang sepatutnya dia jaga..tak kisah lah kalau perempuan tuh yang mula goda dia,,sebagai lelaki awok perlu tegas apatah lagi kalau awok yang mula dulu..kalau dia tak tahu batas batas yang sepatutnya,,dia layak untuk di jadikan suami and you should leave him and deserve someone better than that....atooodddiaa todiiiaaa tooddiiaaa bila aku yang tak berapa nak hebat nie speakingkan..HAHA...tapi betul lah...aku rasa tak gentle lah bila laki yang tak taw nak hormat orang lain ne..nak tengok pown macam mana ntah...


setakat nie cukup lah aku bagi yang tuh dulu...aku sebenarnya ketandusan ayat..HAHA...tengok point last tuh dah laa...sumpah!bila dah lama tak update blog ne,,rasa ketaq jaa tangan nak taip..HAHA..see u soon...itu pilihan saya..??anda bagaimana??



notaKAKI : apa yang kita pilih sekarang akan memberi kesan
 pada masa akan datang..so BEWARE!


Monday, July 1, 2013

boring !

ASSALAMUALAIKUM

actually dah lama aku tak update blog...latest entry pown aku letak lirik lagu ja..sumpah ketandusan idea nak tulis...then bulan 5 ri tuh,,masa cuti sem lagi lah...apa pown tak sempat nak buat..bersosial di laman "so-SIAL" lagi lah tak sempat..sebab sibuk ngan wedding kakak aku..almaklumlah bila kena jadi driver ke sana ke sini...so,,memang apa pown tak sempat..dengan buat majlis secara gotong royong..rumah aku mak aku kak aku ngan adik aku yang cat..then 2 minggu sebelum majlis abang aku baru balik settle bahagian dapur,,kalo nak harap si gadis gadis memang tak sempat laa..sebab gadis gadis ada lagiiiiiiiiiiii banyakkkkkkkk benda yang perlu di settlekan..

*******
nak di jadikan...di waktu pagi begini dengan kelas esok kol 10.00 pagi memanag laa susah aku nak lelap mata...kalo kelas kol 8 memang time aku tidur dah..sebab esok nak kena bangun awal macam mana pown...so disebabkan masih ada ruang untuk aku berangan angan esok pagi,,maka di saat ini aku still tak boleh nak lena...warghhh!!!stresss..!!!!

nak kata lapaq,,aku dah makan...apa pasai entah malam ne...rindu kowt...HAHA...poyo gila statement baqq hang!!!ha laa selalu dok bergelak ketawa ngan dia,,malam nie sunyi teruih..haii sabaq je la...nasib bukan somi aku g..kalo somi aku,,aku ajak dia guling guling time aku tak bleh lena macam nie...naseb baik bukan hak mutlak lagi...haii..sabarlah hai hati...

sebenaqnya aku tak dak benda nak cerita pown dalam entry nie...tapi bagi menghilangkan kebosanan aku terpaksa merepek repek sekejap...#entry tanpa hala tujuan..!!!

tadi tengah hari entah angin apa ntah,,aku masak,,aku ajak ya mai makan sekali...selamat ada yang nak teman..kalo dak makan sensorang lah jawabnya...boring kowt weyh!!pastu dalam dok sembang sembang ngan dy ajak laa dy p jogging petang tuh...

dengan semangat kol 6 dy mai amik aku kat rumah...al maklumlah moto gue dah uzur...nak wat gena kan...terpaksalah menumpang...btw...segan nak p jogging dalam uitm kat sportcom,,aku ajak la ya p jog kat kampung uh...mai ai..!!!p p sana sawah terbentang luas...ronda ronda laa nak cari port mana nak jogging...luaih luasbaq hang bendang tu wey...ronda punya ronda sampai sesat...jalan nya banyak "The Road Not Taken.." banyak cabang kowt..nak p mana pown tataw...di sebabkan ikot kepala drebar,,sampai laa kami jumpa jalan mati..HAHA...turun moto kona balik laa...kona kona dua kali p tempat yang sama...HAHA..cuak bang hang sesat kat tempat orang...

tapi dengan semangat yang ada,,control laa ayu,,and lastly jumpa jugak jalan keluar..alhamdulillah Allah tunjukkan jalan yang benar,,jalan yang lurus..HAHA..gelong..then singgah p kedai makan eskrem..konon p jogging,,last last p amik angin ja...chuih..!!!

err....errrrr....errrrrr...errrrrrrrr....errrrrrrrrrrrrrr *ketandusan kata kata ..takpalah,,aku rasa aku cerita takat nie jala kowt..bapak boring siak entry aku kali nie...padan tak dak yang nak follow blog hangit aku nie..HAHAHA...




notaKAKI  : aku rindu kat hang weyh...HAHA..