BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
here i'm come...coklat manis try to give the best...follow me if u want...tenkiu...i really appreciated it..=)

here i come

how much u view..??!

Tuesday, July 16, 2013

barakah RAMADAN : ROH yang KEMBALI

ASSALAMUALAIKUM

kebetulan aku habes kelas awal hari nie,,dan gap untuk kelas yang seterusnya agak panjang,,dannn tangan tengah gatal gatal nak pegang keyboard lappy nie,,so aku amik peluang yang ada,,di dalam kesunyian untuk berblogging..*hosmate aku suma dah balik kampung..tinggai aku sensorang dalam bilik gelap nie...actually apa yang aku nak tulis nie,,bukan lah idea tulus suci murni dari kepala aku...aku terbaca dan tertarik dengan status kat facebook nie..then aku amik dan olah untuk aku kongsikan bersama sama korang..krikk krrikkk...*bunyi cengkerik..(korang??sapa pulak...macam ada sangat orang nak baca blog aku kan..) =..="

*******

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADAN

Apabila tiba bulan Ramadan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah SWT untuk kembali ke bumi.. Ada roh yang DIBENARKAN pulang ke bumi dan ada yang TIDAK dibenarkan.. Roh yang di benarkan pulang adalah kerana AMALAN BAIK mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin penjamin yang MENDOAKAN mereka.. Manakala roh roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka,akan terus di penjara di Luh Mahfuz..

Apabila roh dibenarkna pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.
kemudian mereka akan pergi ke rumah anak anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang MENDOAKAN mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk BEKALAN mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya 1 Syawal - Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan "Selamat Tinggal" kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang di berikan oleh mereka mereka yang MASIH HIDUP..

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan(dosa) semasa hayatnya BOLEH dibantu dengan DOA doa ORANG yang MASIH HIDUP.. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang orang yang masih hidup..

Oleh itu,wahai sahabatku,jangan biarkan orang orang yang kita SAYANG, yang telah mengadap Allah terlebih dahulu daripada kita SEPI tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara :

1. DOA anak anak yang SOLEH
2. ILMU yang bermanfaat
3. SEDEKAH amal jariah..
-copy-


*******

jadi kesimpulannya,,kita yang masih Allah pinjamkan nyawa,,yang masih mampu merasai nikmat dunia,,yang masih mampu menggerakkan anggota,,jangan lupa,,jangan alpa,,jangan mudah ternoda dengan duniawi...bantulah sahabat sahabat kita,,guru guru,,saudara mara,,ibu ayah,,suami isteri,,anak anak yang telah dulu di jemput Illahi..kita mampu mengubahnya..*ayat macam pilihan raya...aku tak mau terlalu serius dalam entry nie..cuma berkongsi cerita dan idea...

aku nak update entry ramadan pown tergendala...idea terbang melayang bersama masalah yang tak putus putus..bukan nak merungut,,cuma jelaskan keadaan..bersyukurlah dengan apa yang dah Allah aturkan untuk kita walaupun sakit yang kita dapat,,derita yang kita rasa,,pahit yang kita telan kerana di situ terbukti yang Allah masih memerhatikan kita...masih rindukan rintihan kita,,masih menyayangi kita...

berdoalah,,kerana itu saja satu satu BEKALAN yang kita mampu beri untuk insan insan yang kita sayang..apa pun,,LIFE MUST GO ON...dan di kesempatan nie aku nak ucapakn SALAM RAMADAN even dah seminggu pown berlalu sebab aku tak sempat nak update entry pasal ramadan taun nie..andai entry nie ada yang mengguris hati sesiapa,,maafkan aku..aku cuma manusia biasa yang tak lari dari kesilapan...





0 rAhsiA: